TAWAU: Tindakan seorang lelaki yang bergurau kononnya membawa bom dalam beg galasnya, membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau (LTT) pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, dalam kejadian pada jam 8.20 pagi, keadaan menjadi cemas apabila lelaki berumur 30 tahun itu mengatakan membawa bom, apabila ditanya ketika melalui pintu masuk pendaftaran penerbangan di lapangan tersebut.
"Kita menerima laporan ataupun aduan daripada petugas di kaunter Lapangan Terbang Tawau menyatakan seorang lelaki mengugut dengan bercakap terdapat bom di beg galasnya.
"Apabila diminta oleh pekerja dis ana untuk bertanya apakah kandungan begnya, dia menjawab 'bom', maka dengan itu petugas tersebut rasa takut, cemas dan meminta bantuan pengawal keselamatan di sana," katanya dalam satu sidang media di sini.
Katanya, lelaki tersebut ditahan sejurus selepas itu dan unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau diarahkan ke lokasi kejadian untuk memusnahkan beg tersebut di kawasan lapang.
Namun setelah diperiksa, didapati beg tersebut tidak mengandungi bahan letupan kerana ia merupakan satu gurauan daripada lelaki tersebut.
Bagaimanapun, polis memandang serius ancaman bom itu dan lelaki tersebut ditahan untuk siasatan awal dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat sementara menunggu siasatan selesai mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Peter menasihati masyarakat agar tidak membuat gurauan sedemikian ketika berada di lapangan terbang kerana akan mengganggu ketenteraman awam.
"Nasihat saya kepada orang ramai, jangan bergurau berlebih-lebih, khasnya penggunaan bom apabila di lapangan terbang ataupun apabila kita mahu menaiki pesawat.
"Ini bukan kes pertama di Malaysia atau di Sabah, jadi sebagai panduan orang ramai saya sekali lagi memohon kerjasama jangan membuat sebarang kenyataan yang tidak diingini sebab akan mencemaskan dan mengganggu gugat ketenteraman awam," tegasnya
Menurut Peter, suspek berkenaan merupakan seorang lelaki berumur 30 tahun dan bekera sebagai polis bantuan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Dia dikatakan dalam perjalanan dari Semporna, Sabah dan hendak pulang ke Kuala Lumpur bersama isteri dan dua anaknya sebelum ditahan di pintu pemeriksaan berikutan kejadian tersebut.
Petrus Bernard
Fri May 21 2021

Unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau diarahkan ke lokasi kejadian untuk memusnahkan beg tersebut di kawasan lapang. - Foto PDRM
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Letupan di Padang Besar: Pengawal keselamatan dihukum penjara, mengaku sebenarnya mahu bergurau
Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret, Kangar atas kesalahan memiliki bahan letupan dan melakukan khianat dengan mercun di Padang Besar.

Bapa Ain Husniza rancang saman balas RM5 juta terhadap guru
Superintendan Shafa'aton Abu Bakar memberitahu, pada 5 Mei lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu yang merupakan guru pelajar perempuan berkenaan.

Gurauan bawa bom di Lapangan Terbang Tawau, lelaki ditahan
Tindakan seorang lelaki yang bergurau kononnya membawa bom dalam beg galasnya, membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau (LTT) pada Khamis.

Jenayah rogol bukan bahan jenaka guru, pelajar - Mahdzir Khalid
Kejadian itu tidak boleh dianggap terpencil dan Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap guru itu jika dakwaan berkenaan terbukti benar.

Motosikal kesayangan Shuib kini jadi motosikal "Mat Bunga"
Bagaimanapun tindakan Siti Sarah itu mungkin hanyalah gurauan biasanya terhadap si suami dan tidaklah serius.

Ketagihan media sosial boleh luntur semangat pesakit kanser
Bagi penghidap kanser atau penyakit berbahaya lain yang berkongsi pengalaman dan rawatan mereka di media sosial, mereka boleh patah semangat dengan gurauan dan tohmahan di ruangan komen media sosial.

Saya akan berkahwin lagi 31 Disember, mohon semua hadir - Tauke
Menerusi entri di Instagram (IG), Tauke berkongsi sebuah video bersama isterinya ketika berada dalam sebuah kereta.

Arwah abang ipar berseloroh nak tinggalkan anak-anak - Ahli keluarga
Seloroh untuk meninggalkan anak-anaknya merupakan kata-kata gurauan mangsa kemalangan maut di kilometer 33 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di Labok, Machang awal pagi tadi.

Tertuduh warga Vietnam ditahan dalam kereta Uber - polis
Perkara itu dimaklumkan oleh anggota Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang kemudiannya membawa Doan ke balai polis itu.

SMS misteri boleh merosakkan sistem iOS?
Satu trend gurauan baru kian menular di kalangan pengguna media sosia