SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan seorang guru agama di sebuah maahad tahfiz untuk membela diri atas satu pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Hasbullah Adam mengeluaran perintah itu ke atas Mohamad Ajmal Mohamed Khairi, 26, untuk hadir membela diri di Mahkamah Sesyen Ampang pada pukul 2 petang hari ini.
Mohamad Ajmal sebelum ini telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada 4 Oktober 2019 selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tiga pertuduhan ke atasnya.
Hasbullah membuat keputusan itu setelah meneliti rekod rayuan oleh pihak pendakwa raya untuk kes itu serta mengambil kira hujahan bertulis kedua-dua pihak-pihak.
Mengikut pertuduhan Mohamad Ajmal, dituduh kesalahan melakukan amang seksual fizikal ke atas pelajar itu di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Mohamad Ajmal juga dituduh melakukan kesalahan melakukan amang seksual fizikal di bawah Seksyen 14(b) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 akta serupa yang memperuntukkan hukuman sama.
Selain itu, Hasbullah berkata Mohamad Ajmal juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Mohamad Ajmal didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah Maahad Tahfiz pada 8 Jun 2018.
Hasbullah berkata pendengaran penuh bagi kes rayuan tersebut telah dijalankan pada 25 Januari lepas di Mahkamah Tinggi yang mana pihak perayu iaitu pihak pendakwa raya dan responden telah bersetuju bahawa rayuan dibuat berdasarkan kepada penghujahan bertulis.
"Setelah meneliti rekod rayuan dalan kes ini dan mengambil kira hujahan bertulis yang telah dibuat oleh pihak-pihak, mahkamah mendapati wujud kes prima facie bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan - Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
Manakala untuk dua lagi pertuduhan, Hasbullah berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan sebarang kes prima facie.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali manakala Mohamad Ajmal diwakili Peguam Ahmad Ishrakh Saad.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Ajmal Mohamed diminta untuk membela diri atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, empat tahun lepas. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

GISB: Guru agama dipenjara 10 tahun rotan kanak-kanak lelaki, tekan dada guna lutut
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan.

Amang seksual: Hukuman penjara 15 tahun, 14 sebatan terhadap bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan ke atas bekas guru agama yang disabitkan dengan tujuh kesalahan melakukan serangan seksual fizikal.

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.

Guru madrasah didakwa cederakan murid
Seorang guru agama madrasah di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini atas pertuduhan mencederakan murid dua minggu lalu.

'Sudah hampir sebulan ayah hilang di Tanah Suci'
Seorang guru agama, Musthafa Kamal Abdullah, 49, dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lalu ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Empat tahun jadi mangsa liwat guru, pelajar 14 tahun nekad lapor polis
Guru berkenaan yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah telah ditahan untuk bantu siasatan.

Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis
Guru agama yang mengajar di Perlis perlu dapat tauliah Jabatan Mufti Perlis bagi mengelak dikenakan tindakan.

Guru agama diperintah bela diri atas tuduhan lakukan amang seksual kepada pelajar
Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan seorang guru agama di sebuah maahad tahfiz untuk membela diri atas satu pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu Yahya Asy'ari, 65, yang baru selesai mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubuk Reba.

Ustaz dipenjara 20 tahun, 8 sebatan laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas Muhammad Ikram Yusuf, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.