SABAK BERNAM: Seorang guru meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diparkir di hadapan rumah di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap di sini, petang Rabu.
Kejadian jam 4.30 pagi itu disedari isteri mangsa yang baharu pulang ke rumah selepas mendapati mangsa berusia 56 tahun itu berada di tempat duduk bahagian pemandu kereta jenis Naza Citra dan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, isteri mangsa kemudian memberitahu rakan-rakan sekerjanya tentang kejadian berkenaan.
"Pasukan kesihatan dari Klinik Bagan Terap kemudian membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.
Agus Salim berkata, pihak polis dimaklumkan mengenai kematian guru itu selepas dihubungi seorang pembantu perubatan pada jam 5.30 petang Rabu.
"Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan luka atau cedera.
"Isteri memaklumkan mangsa yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Besar secara berkala," ujarnya.
Beliau memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke hospital dan akan dibedah siasat sebaik keputusan ujian COVID-19 diperoleh.
"Punca sebenar kejadian dan siasatan masih diteruskan," jelasnya.
Berita asal: Guru ditemui meninggal dunia dalam kereta
Sinar Harian
Thu Apr 15 2021

Seorang guru meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diparkir di hadapan rumah di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap petang Rabu. -Gambar hiasan
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Guru ditemui meninggal dunia dalam kereta
Kejadian disedari isteri mangsa yang pulang ke rumah dan mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Polis nafi berita tular guru meninggal dunia lepas ambil vaksin COVID-19
Polis hari ini menafikan maklumat tular menerusi media sosial kononnya seorang guru meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Guru sesak nafas, meninggal dunia selepas selesai urusan umrah
Mangsa, Mohamed Zaidi Mamat, 36, beralamat di Felda Chiku 01, Gua Musang, berkhidmat sebagai guru di Kolej Vokasional Shah, Kuala Lipis, Pahang.