Seorang guru maut selepas dipercayai dipanah petir ketika dalam perjalanan dari sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Bungan Besar, Batang Igan dekat sini menuju ke Sungai Kut dengan menaiki perahu petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata seorang doktor dari Hospital Dalat mengesahkan Alvin Chelen, 22, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat di panah petir dalam kejadian itu, dan kesan terbakar juga dapat dilihat pada rambut dan baju guru berkenaan.
"Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.00 petang tadi tidak jauh dari Rumah Panjang Penguang semasa guru itu sedang dalam perjalanan balik dari sekolah menuju ke Sungai Kut, Dalat. Dia sedang mengemudi perahu panjang itu seorang diri semasa kejadian," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Beliau berkata ada dua orang saksi kejadian yang mengekori perahu itu menggunakan sebuah perahu lain kira-kira 25 meter di belakangnya, dan kejadian berlaku ketika hujan renyai.
"Menurut saksi, mereka dapat melihat panahan petir dari langit tiba-tiba menyambar guru itu sehingga menyebabkan dia rebah dalam perahunya," katanya, sambil menambah saksi-saksi itu kemudiannya menunda perahu berkenaan hingga ke jeti Sungai Kut sebelum menghubungi polis.
Mayat telah dihantar ke Hospital Dalat untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020

Saksi melihat panahan petir dari langit tiba-tiba menyambar guru itu sehingga menyebabkan dia rebah dalam perahunya. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.

Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.

Peluncur ski Swiss cedera parah selepas terjatuh
Ketika insiden, Caviezel dilaporkan hilang keseimbangan sebelum tergelincir ketika menuruni cerun curam.

Lelaki parah bahu tertusuk besi
Lelaki berusia 34 tahun itu terpaksa diturunkan anggota bomba selepas tergantung pada ketinggian 84 meter.

Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.

Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.

Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah
Seorang lelaki warga Singapura didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang paderi.

Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan
Seorang murid lelaki Tahun Satu maut manakala abangnya serta seorang rakan mereka cedera parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah van di Kampung Charok Putih di sini, petang tadi.

Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan
Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal berlanggar, mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.

Mangsa serangan gajah di Mersing ditidurkan
Mangsa, Zalini Dahlan, 51, masih lagi menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.