Banjir yang melanda perkarangan Sekolah Kebangsaan Padang Kubu di sini cukup mencemaskan guru, Arizuddin Abdul Wahab, 36, yang baru dua hari ditugaskan ke sekolah itu.
Baginya, pengalaman dipindahkan dari kawasan banjir menaiki traktor amat mendebarkan.
"Selepas pelajar dipindahkan, kami pula dibawa keluar menggunakan traktor serta landrover oleh pegawai polis.
"Masa naik traktor mengharung air tu, memang agak mendebarkan.
"Saya tak pernah berdepan dengan situasi ini," katanya.
"Saya baru sahaja melapor diri di sekolah ini, tak sangka pula akan berdepan dengan banjir hari ini.
"Awalnya agak panik, tapi keadaan agak teratur sebab warga sekolah ini sudah biasa berhadapan dengan situasi banjir," katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Kampung Padang Kubu di sini.
Arizuddin yang berasal dari Jerteh, Besut berkata beliau dan guru-guru lain yang tinggal di kuarters sekolah tersebut dikejutkan oleh pengawal sekolah kira-kira pukul 4 pagi.
Mereka diberitahu air sungai berhampiran sekolah tersebut mula melimpah dan memasuki kawasan sekolah dan kuarters guru.
"Saya dan guru-guru lain kemudiannya memindahkan pelajar yang tinggal di asrama ke bangunan yang lebih tinggi sebelum pihak polis datang untuk memindahkan mereka ke balai raya," katanya.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut, Rafidah Setapha berkata sesi persekolahan juga terpaksa dibatalkan setelah air memasuki kawasan sekolah hingga 0.5 meter.
"Air naik dengan agak laju...dalam beberapa jam sahaja sekolah kami digenangi air. Tetapi kami sempat mengangkat barang-barang dalam bilik darjah ke tempat lebih tinggi.
"Semua warga sekolah termasuk keluarga guru yang tinggal di kuarters juga dipindahkan dengan bantuan polis," katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata sebanyak lima pusat pemindahan kembali dibuka di daerah tersebut sejak awal pagi Selasa.
"Pusat pemindahan yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Batu 9 di Ibok, Balai Raya JKKK Kampung Padang Kubu, Berek Pegawai Padang Kubu, Ladang Jerneh Sungai Mas, dan Masjid Sungai Mas.
"Setakat pukul 1 tengah hari, seramai 71 mangsa daripada 22 keluarga dipindahkan selepas kawasan rumah mereka dinaiki air," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 03 2017

Seramai 10 guru Sekolah Kebangsaan Padang Kubu dan keluarga mereka dibawa keluar dengan menggunakan traktor apabila kawasan sekolah itu dinaiki air banjir pada Selasa. - Foto Bernama

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Guru panik dipindahkan dengan traktor dalam banjir
Banjir yang melanda perkarangan Sekolah Kebangsaan Padang Kubu di sini pada Selasa cukup mencemaskan guru, Arizuddin Abdul Wahab.