Guru yang menghadapi tekanan dalam menjalankan tugas digalak agar mendapatkan khidmat kaunseling di Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata langkah itu ialah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas guru.
"Kita mempunyai 450,000 guru di Malaysia dan kebanyakan mereka adalah guru contoh dan dan sangat bertanggungjawab.
"Namun terdapat sebilangan guru yang bermasalah dan kita memberi banyak ruang bagi membantu mereka.
"Tahun lepas kira-kira 200 guru mendapatkan khidmat kaunseling termasuk dua peratus yang diarah berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 di sini hari ini.
Kamalanathan diminta mengulas mengenai kejadian seorang murid Tahun Dua yang cedera akibat balingan kerusi seorang guru di sebuah sekolah di Penampang, Sabah dua hari lalu.
"Pastinya kita tidak mahu perkara seperti itu berulang. Jika kamu (guru) mempunyai masalah, adalah mustahak untuk kamu berbincang dengan seseorang," kata Kamalanathan.
Mengulas mengenai pembabitan pelajar sekolah dengan kegiatan kongsi gelap di Selangor, beliau berkata kementerian akan menunggu siasatan polis tamat dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut cadangan yang diberi dalam laporan siasatan itu.
"Kita telah mengenal pasti beberapa sekolah yang menjadi 'hot spot' dengan kegiatan seperti ini dan polis juga telah meletakkan anggota mereka bagi tujuan pemantauan," jelasnya.
Mengenai Jelajah Pendidikan KPM 2017 itu, beliau berkata program itu bertujuan menyalurkan maklumat kepada orang ramai tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 serta pencapaiannya setakat ini.
Pelan pendidikan tersebut kini menurutnya telah memasuki fasa kedua (2016-2020) selepas fasa pertama (2013-2015) berjaya dilaksanakan.
Fasa pertama antara lain menyaksikan penambahbaikan dari aspek kehadiran pelajar ke sekolah, peningkatan peratusan enrolmen pelajar di semua peringkat persekolahan dan pencapaian yang memberangsangkan dalam penguasaan literasi bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan numerasi. -- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017

P. Kamalanathan berkata, tahun lepas kira-kira 200 guru mendapatkan khidmat kaunseling termasuk dua peratus yang diarah berbuat demikian. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Terlanggar bahu sikit, terus bergaduh dan merusuh
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima panggilan pada 3.27 pagi mengenai kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan lelaki.

Ramai tidak dapat mengundi, punca pemilihan PKR Keningau kecoh
Difahamkan, kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila proses pengundian di Balai Raya Kampung Marampong itu ditutup walaupun masih ramai anggota parti yang belum mengundi.

Kes baling kerusi: 'Kita akan baling keluar dari parti' - Anwar
Individu bertanggungjawab menimbulkan kekecohan dan membaling kerusi akan dibuang dari parti, kata bakal Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja maut ditimpa kerusi di PPR
Seorang remaja lelaki maut selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Pantai Dalam malam tadi.

Pembangkang dan fitnah berpisah tiada - Noh
Tan Sri Noh Omar hari ini menyelar kenyataan MB Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang menuduh UMNO dan Perdana Menteri kononnya dalang di sebalik insiden kekecohan.

Nothing To Hide 2.0: PPBM akui sukar kawal keselamatan
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya tidak mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti individu yang berniat menimbulkan kekecohan pada program itu.

Guru perlu dapat khidmat kaunseling jika tertekan dengan tugas - Kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata langkah itu ialah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas guru.