SHAH ALAM: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang guru wanita disyaki memukul seorang kanak-kanak dalam kejadian di sebuah tadika di Pandamaran, Klang dekat sini pada 13 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya telah mendapat arahan tuduh daripada timbalan pendakwa raya semalam dan suspek berumur 25 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Cha sebelum ini berkata pihaknya menerima aduan daripada bapa kanak-kanak tersebut pada 4.49 petang, 13 Mei lepas, yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan, dipercayai berlaku di tadika.
Beliau berkata lelaki berumur 33 tahun itu mendakwa telah menerima gambar anak lelakinya dengan kesan kecederaan pada bahagian pipi dan belakang badan kira-kira 12.21 tengah hari pada hari yang sama, sebelum pergi ke tadika tersebut dan mendapat tahu seorang guru telah memukul anaknya.
"Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang mana sewaktu berada dalam kelas telah membuang air besar di dalam seluar.
"Apabila guru tadika menyuruhnya ke bilik air, mangsa berkeras dan enggan bangun dari kerusi sebelum guru terbabit memukul mangsa di bahagian pipi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Cha berkata mangsa telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian pipi.
Dalam pada itu, Cha menafikan dakwaan artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar dalam talian hari ini yang menyatakan polis telah melengahkan penyiasatan dan pengumpulan bahan bukti kes tersebut.
Beliau berkata pihaknya memerlukan masa untuk melengkapkan suatu kertas siasatan melibatkan semua keterangan serta menganalisis barang bukti yang diperolehi dan jika kes melibatkan mangsa kanak-kanak, mangsa perlu melalui proses rakaman percakapan di Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Polis menerima aduan daripada bapa kanak-kanak tersebut pada 4.49 petang, 13 Mei lepas, yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan, dipercayai berlaku di tadika.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

UCMI mahu luaskan ekosistem pendidikan industri kanak-kanak
Industri berkaitan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, dan penyediaan tenaga mahir perlu lebih menyeluruh, kata Prof Taufiq

Guru tadika dipenjara tampar kanak-kanak 4 tahun
Seorang guru tadika swasta dihukum penjara dua bulan kerana menampar muridnya yang berusia empat tahun, bulan lalu.

Guru tadika pukul murid didakwa esok
Polis menerima aduan daripada bapa kanak-kanak tersebut pada 4.49 petang, 13 Mei lepas, yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan, dipercayai berlaku di tadika.

Tiga guru, pembantu tadika didakwa aniaya anak jagaan
Tiga guru dan seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengabaikan dan menganiaya dua kanak-kanak di bawah jagaan mereka, sejak Mac lalu.

Guru tadika terkejut raih ganjaran lebih 10 tahun gaji dalam penstriman langsung
Dengan penampilan dan kaedah pengajarannya yang menarik, Huang telah memperoleh lebih 4.3 juta pengikut pada akaun TikToknya.

Polis siasat kes kanak-kanak 3 tahun dipukul guru tadika
Polis telah menerima laporan berkaitan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipukul oleh guru di sebuah tadika di Kepong.

Pemilik tadika didakwa dedahkan dua kanak-kanak kepada kecederaan, lemas
Seorang pemilik tadika swasta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendedahkan dua kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya kepada kecederaan dan lemas.

Guru tadika ditahan kes dera empat murid
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru tadika kerana dipercayai mendera empat kanak-kanak yang juga muridnya di sebuah tadika swasta di Muar, baru-baru ini.

Guru tadika rugi RM4,200 terperdaya tawaran jadi isteri 'menteri'
Mangsa telah ditawarkan wang tunai RM1 juta dan kereta mewah Rolls-Royce sekiranya bersetuju.

Hasrat jadi isteri 'menteri' tidak kesampaian, wanita rugi 'modal' RM4,200
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.