Seorang guru tuisyen wanita mengalami kecederaan termasuk ditumbuk di dahi oleh dua lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Taman Budiman, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya selepas pergi ke sebuah pusat membeli-belah di situ, sebelum dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.
"Dua lelaki menaiki motosikal Honda Wave warna biru itu datang dari arah hadapan mangsa sebelum pemboncengnya turun dari motosikal dan bertindak menumbuk dahi wanita tersebut dan pada masa sama cuba menarik beg galas dibawa guru berkenaan.
"Semasa suspek menarik beg galas mangsa, guru tuisyen itu terjatuh dan dia diseret di atas jalan tar dan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, kaki serta tangan," katanya di sini semalam.
Beliau berkata mangsa menjerit meminta tolong sebelum suspek bertindak melepaskan beg galas dan meninggalkan guru tuisyen tersebut.
Nik Ros Azhan berkata dua lelaki yang memakai topi keledar penuh dengan visor gelap itu kemudian berpatah balik dan menuju ke arah mangsa, sebelum wanita itu bertindak membaling beg galasnya ke dalam rumah jiran selain menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri.
"Wanita itu membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam berikutan mengalami luka dan calar serta lebam akibat ditumbuk dalam kejadian tersebut," katanya.
Beliau berkata kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup yang terdapat di hadapan rumah mangsa serta jirannya dan ia turut tular di media sosial.
"Polis percaya dua lelaki yang melakukan cubaan samun itu berusia lingkungan 20-an dan berdasarkan rakaman berkenaan kami sedang mengesan mereka. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 11 2018

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum suspek bertindak melepaskan beg galas dan meninggalkan guru tuisyen tersebut. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Gelang Patah
Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,057 gram (g) dadah jenis ganja bernilai RM9,300 dalam serbuan di Gelang Patah.

25 unit bom 'hand grenade smoke' ditemui di tapak pembuangan sampah
Polis Dungun mengambil kesemua bom itu kira-kira pukul 1.30 pagi semalam di sekitar kawasan semak samun, yang berdekatan kawasan ladang kelapa sawit.

Kastam Perak patah cubaan tiga wanita seludup wang RM500,000
Hasil pemeriksaan, tiga beg galas berisi wang tersebut ditemukan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan di bahagian but.

Kes rasuah Rosmah: Saksi keempat diarah isi wang dalam dua beg galas
Sebaik sahaja beg itu dibawa ke bank tersebut, Shamsul diarahkan memasukkan sejumlah wang yang kebanyakkannya adalah duit kertas RM100 ke dalam kedua-dua beg tersebut.

'Pusher' dadah ditahan bersama beg galas berisi heroin, syabu
Suspek ditahan kira-kira jam 9 malam sewaktu sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Kampung Carol Celu, Kubur Panjang.

Mayat bayi ditemui dalam beg galas di tengah sungai
Bayi yang cukup sifat itu ditemui di dalam sebuah beg galas di tengah Sungai Beris Tok Ku, Penarik, dekat sini, kira-kira jam 4 petang Khamis.

Guru tuisyen wanita cedera dalam cubaan samun
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya balik dari pusat membeli-belah, sebelum dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Tsunami, puasa menarik pelancong beg galas ke Aceh
Dia melakukan perancangan untuk melancong sambil menjalani ibadah puasa di sana dan kemudian disertai seorang rakan yang turut berminat menyertai kembara cara itu di saat akhir.

Bom Bangkok: Suspek serah peranti kepada pengebom kuil - Polis
Suspek utama dalam insiden letupan di Bangkok bulan lalu menyerahkan beg berisi bom kepada seorang lelaki memakai baju-T kuning, kata polis Thailand.

Dua buah beg galas diletupkan sebelum maraton Boston bermula
Orang ramai telah dipindahkan ekoran penemuan beg galas di garisan penamat maraton Boston.