Impian anak-anak muda dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempatan untuk menceburi bidang politik akhirnya mampu direalisasikan selepas usul menurunkan had umur mengundi dan menjadi calon pilihan raya kepada usia 18 tahun diluluskan di Sabah.
Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada hari ini, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar diluluskan selepas bacaan kali ketiga di DUN Sabah, pada hari ini.
Kelulusan itu sekali gus menyaksikan Sabah sebagai negeri pertama yang membenarkan had umur diturunkan kepada 18 tahun di negara ini.
Aidi dalam sidang medianya selepas pembentangan RUU di DUN Sabah berkata, Sabah merupakan negeri pertama yang menyahut seruan Perdana Menteri agar had umur mengundi dan menjadi calon pilihan raya diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
“Sabah adalah merupakan negeri pertama menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya perlembagaan negeri juga dipindah dan pada hari ini sokongan dua pertiga daripada Ahli Dewan telahpun meluluskan pindaan rang undang-undang berkenaan.
“Rang Undang-undang ini selaras dengan Akta Umur Dewasa tahun 1971 dan ini juga selaras dengan takrifan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kebanyakan seluruh dunia sudah turunkan had umur mengundi daripada 21 ke 18 tahun," katanya.
Beliau berkata, pindaan tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan anak-anak muda terlibat sama dalam hal penggubalan dasar dalam negeri.
“Ini menggambarkan kerajaan yang ada pada hari ini prihatin dengan peranan anak-anak muda di Sabah ini supaya mereka juga terlibat dalam penggubalan dasar di peringkat negeri," katanya.
Untuk rekod, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 dengan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon pada bulan Julai lalu.
Ruzaini Zulkepli
Thu Nov 21 2019
![Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574332231_RUUaidimoktarsa.jpg)
Aidi Moktar menjawab pertanyaan media ketika ditemui di DUN Sabah, pada Khamis. - Astro AWANI
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739617937_HostagesFamily.jpg)
Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.
Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib
Menteri pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib menjelaskan banyak telaga tiub di Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dan Sibuga tidak berfungsi kerana gagal diselenggara dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
Pembukaan syarikat berteknologi tinggi buka banyak peluang pekerjaan di Sarawak
Tan Sri Abang Johari berkata usaha kerajaan negeri meningkatkan ekonominya itu dengan membangunkan beberapa syarikat penting dan berteknologi tinggi akan menarik minat anak Sarawak untuk kembali bekerja di Bumi Kenyalang menerusi peluang pekerjaan yang disediakan.
Fokus Minggu Depan: kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy mengenai kesediaan kerajaan untuk menyemak dan meneliti semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
![Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739616584_MuhdAzeemFahmi.jpg)
Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat
Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Amerika Syarikat.
![Saizul Hafifi pengendali baharu skuad Bunga Raya 15s - KRM Saizul Hafifi pengendali baharu skuad Bunga Raya 15s - KRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739616467_MohdSaizulHafifi.jpg)
Saizul Hafifi pengendali baharu skuad Bunga Raya 15s - KRM
Bekas ketua jurulatih ragbi 7-sebelah (7s) kebangsaan Mohd Saizul Hafifi Md Noor dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) yang baharu.
![Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739610897_AlAminulKarimSult.jpg)
Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS) hari ini.
![Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739616143_kesamukKedah.jpg)
Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.
![RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614548_RMHHTA.jpg)
RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574332231_RUUaidimoktarsa.jpg)
Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).