Susulan tuduhan terbabit dengan rasuah, Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menerusi satu kenyataan media, Abd Latiff berkata dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tuduhan itu yang sekaligus membuatkan beliau nekad meletak jawatan.
Peletakan jawatan itu, kata Abd Latif, akan membolehkan beliau melalui proses perundangan dengan seadil-adilnya.
Abd Latif juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya, terutamanya DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Abd Latif, 51, semalam dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan rasuah berkaitan hartanah berjumlah lebih RM30.3 juta.
Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, untuk menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah lot Bumiputera kepada pembeli awam serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi projek Eco Botanic Pulai.
Astro Awani
Thu Apr 20 2017

Abd Latif berkata dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tuduhan itu yang sekaligus membuatkan beliau nekad meletak jawatan. Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PRU15: Latif Bandi tewas di Mersing, PN kekal berkuasa
PN kekal berkuasa di Mersing apabila calonnya, Muhammad Islahuddin Abas menang dengan jumlah keseluruhan undi sebanyak 21,066.

Lucut hak harta lebih RM6 juta: Bukan semua milik Abd Latif Bandi, anak, menantu
Peguamnya berkata, harta yang terlibat itu turut dimiliki responden-responden lain.

Mahkamah arah Abd Latif Bandi, anak bela diri tuduhan rasuah RM35.7 juta
Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya dua tahun lalu yang melepas dan membebaskan Abd Latif, 55, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48.

MB Johor jawab isu rasuah dalam sidang DUN Isnin ini
Bercakap kepada pemberita di luar Persidangan Penggal Kelima DUN ke-13, di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata beliau sedar mengenai isu itu dan bersedia menjawab tohmahan tersebut.

Hadapi 33 pertuduhan rasuah, Exco Negeri Johor letak jawatan
Abd Latif berkata dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tuduhan itu yang sekaligus membuatkan beliau nekad meletak jawatan.

Exco negeri Johor, Abd Latif Bandi bercuti mulai hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abd Latif Bandi mula bercuti hari ini untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.