Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Haiwan seakan buaya di Pantai Bagan Lalang, orang ramai dinasihat jauhi persisiran

ACP Norhizam berkata haiwan itu dilaporkan berada berhampiran sebuah pusat peranginan di Pantai Bagan Lalang. - Foto Sinar Harian
ACP Norhizam berkata haiwan itu dilaporkan berada berhampiran sebuah pusat peranginan di Pantai Bagan Lalang. - Foto Sinar Harian

Advertisement

PUTRAJAYA: Orang ramai khususnya pengunjung dan pelancong dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang susulan laporan mengenai haiwan dipercayai buaya di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai haiwan menyerupai buaya yang dilihat di pantai berkenaan lewat petang semalam.

Beliau berkata haiwan itu dilaporkan berada berhampiran sebuah pusat peranginan di Pantai Bagan Lalang.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mengadakan aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek bagi keselamatan penduduk setempat dan pelancong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizam berkata polis akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menangani situasi itu serta mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan orang awam.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement