SANDAKAN: Isu tular berhubung pertukaran penggunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat dipastikan kesahihannya.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata, pihaknya mengalu-alukan perkara terbabit.
Jelasnya, jika diimbas kembali sejarah penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak sememangnya sebuah wilayah.
“Sebenarnya, itulah apabila kita bersetuju menubuhkan negara Malaysia, Sabah adalah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan bergabung dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan negara Malaysia.
“Jadi mungkin itulah antara yang diperlukan oleh penduduk-penduduk di Negeri Sabah dan juga di Sarawak supaya balik ke asal nama di mana Sabah dianggap satu wilayah dan juga Sarawak dianggap satu wilayah, dan ini amat kita alu-alukan.
“Bagi saya ini adalah satu usaha untuk menguatkan lagi kesatuan negara kita Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pertemuan Bersama Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Zon Lima Sabah, di Sandakan, pada Khamis malam.
Terdahulu, pada Khamis sebuah portal berita melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.
Lapor portal itu, sumber KKMM berkata pelaksanaan itu dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet sebelum itu.
Ia selepas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan ini, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta-merta.
Perkara itu kemudiannya tular di media sosial.
Radhi Muslim
Thu Apr 08 2021
HAJIJI: Sebenarnya, itulah apabila kita bersetuju menubuhkan negara Malaysia, Sabah adalah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan bergabung dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan negara Malaysia. -Gambar fail
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
Belum ada permohonan rasmi Sabah, Sarawak guna 'wilayah' - Armizan
Belum ada permohonan rasmi daripada kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai rundingan penggunaan istilah 'wilayah' dan 'negeri' bagi kedua-dua negeri tersebut.
Pewartaan 'wilayah' Sarawak dibincang Khamis depan - Abang Jo
Status Sarawak sebagai wilayah masih belum berkuat kuasa sekali gus menjadikan ia antara hak yang terhakis.
Masukkan status wilayah untuk Sabah, Sarawak dalam Perlembagaan
Pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan bagi mengiktiraf atau memberi status wilayah kepada Sabah dan Sarawak.
Sabah, Sarawak kini berstatus wilayah, bukan lagi negeri - Ahmad Zahid
Pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan Sabah dan Sarawak lebih strategik sebagai kawasan pertumbuhan baharu.
COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif Malaysia kini ialah 905,851 kes.
Wilayah Sabah, Sarawak cuma syok sendiri tanpa pindaan Perlembagaan - Naib Presiden Warisan
Pengumuman Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dilihat sebagai 'syok sendiri' melainkan pindaan dibuat kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah
Isu tular berhubung pertukaran pengunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat disahkan lagi kesahihannya.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad, menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik.
MRM lancar NadiWilayah, sasar lahirkan 100 usahawan dalam enam bulan
Presidennya, Firdaus Wong berkata, MRM memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 dan menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan melalui inisiatif tersebut.