KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mengubah perintah penjagaan tiga beradik yang diberikan kepada ibu tunggal Loh Siew Hong.
Peguam MAIPs Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata Hakim Evrol Mariette Peters bersetuju dengan permohonan MAIPs agar beliau menarik diri apabila perkara itu dibangkitkan pada prosiding pengurusan kes melalui dalam talian hari ini.
"Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 19 April di hadapan timbalan pendaftar," kata peguam itu.
Pada 20 Mac, MAIPs telah menulis surat kepada mahkamah agar Peters menarik diri daripada mendengar kes itu.
Berdasarkan salinan surat berkenaan, majlis agama Islam negeri itu memohon Peters agar menarik diri kerana beliau selaku hakim pada 15 Jun tahun lepas telah menolak permohonan MAIPs untuk mencelah selepas mendapati MAIPs gagal menunjukkan bahawa majlis itu adalah pihak berkepentingan terhadap kanak-kanak terbabit.
Bagaimanapun, pada 7 Feb lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan membenarkan MAIPs untuk mencelah dalam prosiding penceraian Loh, sekali gus membuka jalan kepada majlis itu untuk memohon mengubah perintah jagaan terhadap tiga beradik berkenaan.
Menerusi surat itu, MAIPs mendakwa hakim tersebut telah terkhilaf dalam keputusannya dengan menyentuh merit isu status agama anak-anak itu dan permohonan untuk mengubah perintah penjagaan.
MAIPs mendakwa perkara itu memerlukan hakim yang berbeza untuk mendengar permohonan tersebut.
Dalam petisyen perceraian itu, Loh, 36, telah diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal bagi tiga anaknya.
MAIPs memfailkan permohonan untuk mencelah pada 7 Mac tahun lepas bagi membolehkan majlis agama itu mempunyai locus standi (kedudukan undang-undang) untuk memohon mengubah syarat perintah hak penjagaan yang diberikan kepada Loh.
Pada 21 Feb 2022, tiga beradik itu yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan kepada Loh selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya.
Sementara itu, peguam Loh, J. Gunamalar berkata mereka telah memfailkan permohonan penangguhan berhubung perintah variasi yang dikemukakan oleh MAIPs.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023

Pada 21 Feb 2022, tiga beradik itu yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan kepada Loh selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Penukaran agama wanita kepada Islam pada usia 4 tahun batal dari awal, kata peguam
Memandangkan negeri melarang kanak-kanak daripada memeluk Islam, penukaran agamanya adalah batal dan beliau tidak pernah beragama Islam.

Hakim tarik diri dengar permohonan MAIPs berhubung hak penjagaan 3 beradik
Seorang hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar permohonan MAIPs untuk mengubah perintah penjagaan tiga beradik yang diberikan kepada ibu tunggal Loh Siew Hong.

Kes tukar agama: Bapa 3 anak didenda hina mahkamah
Seorang bapa yang didakwa melarikan tiga anaknya dan mendaftarkan mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran bekas isterinya, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana menghina mahkamah.

Wanita peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap bekas suami
Loh Siew Hong memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas suaminya Muhammad Nagahswaran Muniandy.

Perbincangan meja bulat bincang isu penukaran agama tiga beradik pada Rabu - Idris
Perbincangan berkenaan akan turut melibatkan pakar dalam bidang antaranya agama, perundangan dan sebagainya.

Mufti pandang serius isu Sajat, artis bangga mengaku jadi pondan
Datuk Dr Luqman Abdullah berkata kenyataan kontroversi itu dilihat memberikan kesan yang mendalam terhadap umat Islam di negara ini.

Mahkamah batal saman difailkan oleh Sangeet Kaur terhadap bekas Ketua Hakim Negara
Hakim mendapati saman yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo sebagai pemohon adalah bersifat akademik selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Karpal Singh.

Mahkamah rayuan berikan hak penjagaan kanak-kanak kepada bapa penganut Buddha
Peguam Honey Tan Lay Ean yang mewakili bapa kanak-kanak berkenaan berkata mahkamah rayuan mendapati terdapat merit di dalam rayuan itu.

Gagal serah anak: PDRM masih berusaha mengesan Muhammad Riduan
SAC Yahya Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata usaha itu berterusan sejak 30 Mei 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh.

Murtad: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan murtad empat individu
Permohonan murtad empat individu di Sarawak tidak boleh diputuskan Mahkamah Persekutuan kerana tiada merit.