KUALA LUMPUR: Isu berkaitan dasar dan hala tuju Malaysia susulan hasrat untuk menyertai BRICS dan bagaimana penyertaannya membantu perkembangan ekonomi negara antara yang akan dibincangkan pada sesi Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee Chuan How dalam sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ).
Dalam sesi sama juga, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim meminta Perdana Menteri menyatakan mengenai fokus kerajaan dalam usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti pentadbiran perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
Beliau juga ingin tahu tentang pelaksanaan reformasi institusi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat berfungsi secara adil, telus dan bebas daripada campur tangan pihak eksekutif.
Sementara itu pada sesi soal jawab lisan, Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah untuk memperketat keselamatan balai polis susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lepas.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary pula mengajukan soalan kepada menteri peralihan tenaga dan transformasi air berhubung peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran setiap negeri bagi mengatasi masalah ketiadaan saliran dan longkang yang terancang untuk mengelakkan banjir kilat akibat hujan berpanjangan.
Selain itu, Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang supaya pihak bank dipertanggungjawabkan untuk menanggung kerugian sebahagian atau kesemua mangsa jenayah penipuan yang kerap kali berlaku.
Persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama sembilan rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Keterangan (pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Sumpah dan Ikrar (pindaan) 2024 serta Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (pindaan) 2024.
Turut dibentangkan ialah Rang Undang-Undang Angkatan Tentera (pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) (pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024.
Usai sesi itu, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan) (pindaan) 2024 yang antara lain bagi meluaskan skop rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan.
Turut tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat hari ini adalah sesi kamar khas yang menyentuh perihal mengimbangi kebebasan dan sekatan bersuara melalui pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.
Astro Awani
Mon Jul 08 2024

Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.