KUALA LUMPUR: Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia setakat ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat tanpa perlu membuat sebarang permohonan.
"Pengurangan kos pembaikan bakal dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Katanya, kerajaan akan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia dengan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia ini, khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.
"Kerajaan mengalu-alukan langkah syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Bhd (PERODUA) dan Proton Holdings Bhd untuk menawarkan diskaun 50 peratus ke atas kos alat ganti. PERODUA juga telah menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma.
"Kerajaan menggalakkan syarikat automotif yang lain untuk turut menawarkan insentif yang lebih baik untuk pelanggannya," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, beberapa peruntukan dan langkah tambahan telah diambil oleh kerajaan bagi menangani bencana banjir, termasuk jumlah pembiayaan maksimum ditambah daripada RM500,000 kepada RM700,000 untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Bagi perusahaan mikro pula jumlah pembiayaan maksimum ditambah daripada RM75,000 kepada RM150,000.
"Tempoh pembiayaan maksimum juga dipanjangkan daripada lima tahun kepada tujuh tahun," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kerajaan menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.
Salah satu daripada bantuan tersebut adalah Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 bagi meringankan beban perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di mana jumlah peruntukan telah ditingkatkan daripada RM200 juta kepada RM500 juta.
Berikut adalah senarai syarikat automotif yang terlibat dengan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia:
1 . Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA)
2 . Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON)
3. Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
4 . UMW Toyota Motor
5 . Honda Malaysia
6 . Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
7 . Volvo Car Malaysia
8 . TC Euro Cars (Renault)
9 . Mercedes-Benz Malaysia
10 . BMW Malaysia
11 . Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
12 . Mazda, Peugeot dan KIA
13 . TC Subaru
14 . Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
15 . Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
16 . Boon Siew Honda Sdn.Bhd.
17 . Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
18 . Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd.
19 . KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022

Tengku Zafrul berkata pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat tanpa perlu membuat sebarang permohonan. - Gambar fail/BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Perak raih pelaburan lebih RM22.3 bilion setakat hujung Jun tahun ini - MIDA
Perak memperoleh pelaburan direalisasikan bernilai lebih RM22.3 bilion setakat akhir Jun tahun ini daripada sejumlah 283 projek pembuatan, mewujudkan lebih 22,000 pekerjaan.

Penasihat kanan syarikat direman SPRM bantu siasatan kes rasuah projek bernilai RM132 juta
Lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memberi suapan berjumlah RM5 juta sebagai balasan bagi syarikat di bawah kawalannya mendapat geran projek.

Pascabanjir: Baucer Diskaun Automotif boleh didapati di 1,800 pusat servis, bengkel
Lebih 1,800 pusat servis dan bengkel berdaftar untuk inisiatif ini, iaitu sekitar 1,100 pusat servis kereta dan 700 bengkel motosikal.

Hampir 20 syarikat automotif setuju sertai inisiatif baucar diskaun - Tengku Zafrul
Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

Rasuah: Bekas ketua unit syarikat automotif dipenjara, didenda
Akibat menerima rasuah berjumlah RM21,940 berhubung penjualan 21 kereta, seorang bekas ketua unit kereta terpakai sebuah syarikat automotif tempatan dipenjara tujuh hari dan didenda RM148,200 oleh Mah

UMW Holdings Berhad catat keuntungan bersih RM137.4 juta suku keempat 2020
UMW Holdings Berhad mencatatkan keuntungan dengan pendapatan bersih RM137.4 juta untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Nissan sahkan rundingan perkongsian modal dengan Mitsubishi
Perjanjian itu, jika dipersetujui, akan membentuk sebuah firma yang mampu memberikan saingan kepada syarikat global gergasi seperti Toyota dan Volkswagen.