KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menjadi antara menteri yang kerap turun padang, tidak kira untuk merasmikan acara, lawatan ke fasiliti sukan atau atlet.
Malah, ada yang berjenaka bahawa 'Hannah Yeoh di mana-mana' kerana beliau dilihat berada di pelbagai lokasi melibatkan sukan dan belia sejak dilantik sebagai menteri pada awal Disember lepas.
Ditanya mengenai perkara tersebut, Ahli Parlimen Segambut itu berkata beliau rajin turun padang kerana dapat memahami keadaan sebenar dengan lebih baik, selain turut berusaha meluangkan masa untuk melawat sukan kurang popular.
"Infrastruktur sukan ini banyak tempat, saya tak dapat pergi semua tempat, jadi saya akan tengok berdasarkan masa yang ada. Sukan seperti bola sepak cukup popular, tetapi pasukan wanita kurang dapat perhatian, jadi saya bersama mereka untuk memahami juga," katanya ketika ditemui semalam.
Namun, di sebalik keseronokan dan tanggungjawab, beliau mengakui ia memenatkan apabila kurang masa berehat dalam kesibukan kerja.
"Sebenarnya agak memenatkan, saya tak cukup tidur tetapi kerana bila ada usaha daripada persatuan sukan, daripada semua pihak yang telah mainkan peranan mereka, saya cuba sedaya mungkin untuk bantu. Saya kali terakhir berehat ketika cuti Tahun Baharu Cina pada Januari, dah lama.
"Cumanya saya tak klon diri saya untuk pergi banyak tempat, ada kekangan dan tugasan di Parlimen. Jadi saya minta maaf dengan banyak penganjur yang jemput saya kerana masa terhad, tidak dapat hadir ke semua majlis," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023

Hannah (kiri) memberi kata-kata semangat kepada para pemain pada sesi latihan terakhir skuad bola sepak wanita B-20 negara di Padang Wisama FAM. -Bernama
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.
AWANI Tonight: Maintaining neutral ground in ASEAN amid ongoing pressures
Donald Trump’s second term has seen shifts in U.S. foreign policy, impacting global alliances. Taylor’s University’s Julia Roknifard discusses how ASEAN is expected to navigate these evolving dynamics.
AWANI Tonight: Ensuring employee wellbeing amid rising medical costs
Malaysia’s medical cost inflation surged to 15% in 2024. Mun Kiat Ho from Mercer Marsh Benefits Malaysia shares insights on how employers can prioritise staff wellbeing amid escalating healthcare costs.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

'Fokus saya RUU pekerja gig, bukan poster' - Steven Sim
Steven Sim tidak mahu isu remeh seperti dakwaan terhadap poster program Town Hall Pekerja Gig 2025, mengganggu usaha berkenaan.

Polis tahan empat individu, rampas 11kg heroin bernilai RM105,600
Ia bermula dengan tangkapan seorang lelaki dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah kenderaan, ditemukan 10 bungkusan serbuk dan ketulan.
AWANI Ringkas: Sanusi mohon maaf kepada Amirudin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hannah 'di mana-mana' kerana mahu memahami keadaan sebenar
Ada yang berjenaka bahawa 'Hannah Yeoh di mana-mana' kerana beliau dilihat berada di pelbagai lokasi melibatkan sukan dan belia sejak dilantik sebagai menteri pada awal Disember lepas.