GEORGE TOWN: Hanya 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai "projek sakit" berikutan kelewatan pembinaan oleh pihak kontraktor, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan itu adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi pihak kontraktor selain COVID-19, kekurangan bahan dan masalah ketika melantik sub kontraktor.
"Projek sakit ini selalu diketengahkan walhal peratusannya hanya sedikit, 16 saja atau 2.14 peratus daripada keseluruhan 746 projek.
Berdasarkan laporan diterima pada bulan lepas peratusan (projek sakit) adalah 2.88 peratus tetapi bulan ini menurun kepada 2.14 peratus. Ini secara jelas menunjukkan JKR telah melaksanakan kerja dengan cemerlang bagi menyiapkan projek-projek tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek menaik taraf dan memulihara bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan warisan dua tingkat berusia 119 tahun itu menelan kos RM17.9 juta, bermula 1 Dis 2021 dan dijangka siap pada 13 Julai depan.
Bangunan itu sebelum ini dilaporkan mengalami beberapa masalah teknikal termasuk kebocoran bumbung, kesan anai-anai, kelembapan dan tumbuhan kulat serta tompokan air di beberapa bahagian.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata berkata projek yang dikendalikan oleh JKR ini tidak hanya merangkumi pembinaan bangunan tetapi turut melibatkan pelbagai projek lain termasuk membina dan menaik taraf jambatan, lebuh raya, jalan dan cerun.
Menurut beliau, selain projek sedia ada JKR mempunyai 2,100 projek lagi yang dalam perancangan untuk dilaksanakan di seluruh negara, termasuk daripada kementerian lain.
"Selain projek JKR, kita juga laksanakan projek kementerian lain umpamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pertahan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
![Hanya 16 projek sakit - Ahmad Maslan Hanya 16 projek sakit - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709793447_TBMASLAN.jpg)
Ahmad berkata, faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan itu adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi pihak kontraktor.
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
![Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732333031_TBNantaLinggi.jpg)
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
![Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732057921_AlexanderNantaLing.jpg)
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
![KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730784018_tanahruntuh.jpg)
KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).
![KKR lulus RM55.97 juta selenggara jalan di Kulim, Sandakan KKR lulus RM55.97 juta selenggara jalan di Kulim, Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729498590_DatukSeriAlexander.jpg)
KKR lulus RM55.97 juta selenggara jalan di Kulim, Sandakan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan sebanyak RM55.97 juta melibatkan 30 Arahan Kerja (AK) Penyenggaraan untuk jalan Persekutuan di Kulim, Kedah dan Sandakan, Sabah.
![JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729059361_AhmadMaslantanah.jpg)
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
![KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728633705_tbAhmadMaslan.jpg)
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.
![Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728104835_tbKKPKementerianK.jpg)
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
![Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724486674_TBNANTALINGGI.jpg)
Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.
![KKR perlu peruntukan tambahan naik taraf infrastruktur pusat latihan pembelajaran TVET pembinaan KKR perlu peruntukan tambahan naik taraf infrastruktur pusat latihan pembelajaran TVET pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722930673_AhmadZahidHamidi.jpg)
KKR perlu peruntukan tambahan naik taraf infrastruktur pusat latihan pembelajaran TVET pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan tambahan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pusat latihan TVET pembinaan.
![KKR lulus peruntukan RM130 juta senggara jalan Persekutuan di Sabah tahun ini KKR lulus peruntukan RM130 juta senggara jalan Persekutuan di Sabah tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722154592_AlexanderNantaLing.jpg)
KKR lulus peruntukan RM130 juta senggara jalan Persekutuan di Sabah tahun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan RM130 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala turapan dan bukan turapan untuk jalan Persekutuan di Sabah tahun ini.