KUALA LUMPUR: Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan B40 setakat 21 Nov, kata Kementerian Ekonomi.
Ia berkata daripada jumlah itu, individu yang layak mengikuti tiga inisiatif di bawah IPR itu meliputi 21,944 pemohon di bawah Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), 13,192 di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dan 14,551 pemohon di bawah Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
"Dalam mempergiat usaha membasmi kemiskinan, Kementerian Ekonomi melaksanakan IPR yang merupakan pelengkap kepada program-program pembasmian kemiskinan sedia ada yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi.
"Di bawah IPR, templat program dibangunkan dan bantuan secara in-kind diberi kepada peserta miskin tegar, miskin dan B40 bagi menyokong dan menggalakkan mereka untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan tambahan," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen bertarikh 30 Nov.
Kementerian Ekonomi berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Noraini Idris yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan sejauh manakah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat terutamanya golongan B40 serta jumlah penerima projek dan jumlah dana yang telah diluluskan bagi Sabah pada tahun ini.
Menurut kementerian itu, di bawah Inisiatif Usahawan Tani atau INTAN, kerajaan menyediakan bantuan berbentuk input dan peralatan moden pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal serta elaun sara hidup sepanjang tempoh menunggu penuaian hasil.
"Sejumlah 1,020 peserta IPR - INTAN telah diluluskan pelaksanaan program di 15 lokasi berkeluasan 818 ekar di seluruh negara dengan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM92.6 juta.
"Bagi negeri Sabah, peruntukan berjumlah RM16 juta telah diluluskan bagi projek itu yang melibatkan 340 orang peserta," katanya.
Di bawah Inisiatif Usahawan Makanan atau INSAN pula, kerajaan menyediakan geran berbentuk bayaran sewaan mesin layan diri untuk tempoh dua tahun, katanya.
"Untuk permulaan, sejumlah 100 peserta di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan program rintis ini dan berjaya meraih purata jualan harian antara RM90 hingga RM400," katanya.
Sementara itu, Kementerian Ekonomi berkata melalui Inisiatif Operator Perkhidmatan atau IKHSAN pula, kerajaan menjadi pemudah cara dalam urusan pelantikan pekerja, menyediakan peralatan dan kelengkapan serta memberi bantuan elaun tambahan kepada peserta.
"Sejumlah 1,032 peserta telah diluluskan pelaksanaan program dengan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM14.2 juta," katanya.
Kementerian itu berkata pendekatan membasmi kemiskinan tegar menerusi pelaksanaan program secara bersasar sama ada secara individu, komuniti atau hibrid juga turut diteruskan berdasarkan profil ketua dan ahli isi rumah miskin tegar serta potensi lokaliti yang dipilih di seluruh negara.
"Sehingga kini, sejumlah 1,922 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar telah diluluskan projek dengan peruntukan sebanyak RM24.8 juta dibelanjakan bagi pelaksanaan pendekatan ini khususnya di kawasan luar bandar.
"Jumlah tersebut turut merangkumi RM4.7 juta yang diperuntukkan bagi pelaksanaan program di sembilan lokaliti negeri Sabah," katanya.
Kementerian Ekonomi berkata dalam usaha berterusan untuk menoktahkan kemiskinan, adalah penting untuk mengekalkan dan menangani kesenjangan yang masih wujud bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan.
"Kerajaan akan terus bertungkus-lumus membantu KIR miskin tegar untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan melalui pewujudan pelbagai peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan pengukuhan perlindungan sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Di bawah Inisiatif Usahawan Makanan atau INSAN pula, kerajaan menyediakan geran berbentuk bayaran sewaan mesin layan diri untuk tempoh dua tahun. - Gambar/ Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak wajib - Rafizi
Kerajaan tidak boleh mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif kerana perlu mengambil kira kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi negara.

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.

4,100 isi rumah berpendapatan rendah terima manfaat IPR - Rafizi
Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menyasarkan peningkatan pendapatan golongan miskin tegar dan kumpulan B40 telah memberikan manfaat kepada 4,100 isi rumah sehingga kini.

130,101 permohonan IPR diterima sehingga 2 November - Kementerian Ekonomi
Sejumlah 130,101 permohonan telah diterima daripada rakyat Malaysia untuk menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga 2 November lepas, kata Kementerian Ekonomi.

Sejumlah 47,909 individu berpendapatan rendah terima manfaat IPR sehingga 5 Okt 2023
Sebanyak 47,909 individu daripada kategori berpendapatan rendah layak untuk dipadankan dengan tiga inisiatif rintis IPR.

Menoktah kemiskinan: IPR serampang dua mata struktur semula ekonomi negara
Program dilaksana bukan hanya membantu golongan rentan mengubah nasib hidup, tetapi limpahan manfaatnya turut dinikmati rakyat kebanyakan.

Melaka terima 386 permohonan inisiatif pendapatan rakyat
Permohonan itu melibatkan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Projek perintis INTAN bakal manfaatkan 240 peserta - Rafizi
IPR menyasarkan 100,000 penerima pada tahun ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 30 peratus daripada pemohon mahu terlibat dalam komponen pertanian.

Kelantan, Terengganu, Kedah catat permohonan paling rendah untuk sertai IPR - Rafizi
Kerajaan memperuntuk sebanyak RM750 juta untuk melaksanakan IPR yang memberi tumpuan kepada mengupayakan golongan B40 dan miskin tegar.