Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan, hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia sahaja yang boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk makanan.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata penggunaan alat mengesan DNA babi dalam produk tanpa autoriti dan dilakukan secara individu, dibimbangi akan menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat.
"Hari ini ada pihak yang merujuk JAKIM mengenai penjualan sejenis produk yang dikatakan boleh mengesan DNA babi dalam makanan. Suka saya menasihatkan pengguna agar berhati-hati dan tidak terkeliru dengan produk seperti ini.
"Ini kerana pengesahan kandungan sesuatu produk hanya boleh dibuat oleh pihak yang berautoriti dan diekreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia sahaja dengan kriteria-kriteria tertentu," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, tersebar mesej mengenai sebuah syarikat (Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd) yang didakwa sebagai pengedar produk pengesan kandungan DNA babi dalam makanan yang kaedah mengesan DNA tersebut adalah melalui kit pengesan yang boleh diketahui keputusannya dalam masa hanya 10 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 03 2019

Menurut JAKIM, alat mengesan DNA babi dalam produk tanpa autoriti dan dilakukan secara individu, dibimbangi akan menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat. - Gambar fail/REUTERS

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

DNA tidak boleh jadi bukti lulus kewarganegaraan
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak boleh dijadikan bukti bagi meluluskan sebarang permohonan untuk menjadi warganegara.

Tiada wabak demam babi Afrika (ASF) di Sarawak - Uggah
Hanya satu sampel daripada 17 daging babi luncheon dalam tin diimport dari China didapati positif dalam ujian DNA virus itu pada 25 Okt lepas.

Hanya Jabatan Kimia boleh buktikan DNA babi dalam makanan - JAKIM
JAKIM menjelaskan, hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia sahaja yang boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan ujian DNA babi dalam produk makanan.

Nahas Terowong Menora: Mangsa dipercayai dari empat keluarga berbeza
Lima mangsa yang rentung dalam kemalangan antara treler dan kereta di KM255.3 di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora pada Sabtu dipercayai melibatkan empat keluarga berbeza.

Keputusan ujian DNA Morais dalam masa dua minggu
Adik Morais, Datuk Richard Morais berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Institut Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ujian DNA akan dilakukan terhadap mayat Kevin Morais
Satu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan ke atas mayat yang ditemui dalam tong berisi konkrit, di Hospital Kuala Lumpur pagi Jumaat.