ALOR SETAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram.
Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
"Harga ayam tentu sekali (naik dan) jika diapungkan (ia akan) lebih tinggi daripada RM8.90, ia akan ditentukan oleh pasaran bermula daripada 1 Julai ini.
“Yang pasti (harga) akan lebih tinggi daripada RM8.90, sama ada (berharga) RM10, RM11 ataupun lebih RM11, ia akan ditentukan dengan harga pasaran.
“Tentu sekali kerajaan memantau agar tidak ada elemen (mengambil lebihan untung) yang akan diambil oleh mana-mana (pihak)," tegas Ronald.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang ayam milik Bismi Empire Sdn Bhd (BISMI) di Simpang Empat di sini, pada Selasa.
Ronald, dalam masa sama, memberi jaminan kerajaan akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus kepada kumpulan berkenaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
"Kerajaan tidak akan biarkan rakyat untuk membeli harga yang lebih tinggi, sebab itu subsidi untuk (masa) akan datang ini akan dialihkan kepada kumpulan B40 (seperti) , yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dua minggu lalu.
"Kementerian Kewangan dalam proses untuk menentukan jumlah subsidi yang akan dibagi kepada B40 dan bila diadakan (itu) akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan tetapi saya yakin (ia) akan disalurkan bantuan ini sebelum 1 Julai akan datang," kata beliau.
Dalam perkembangan sama, Ronald memaklumkan, pihak industri penternakan ayam kini dalam usaha mengembalikan semula kapasiti pengeluaran pada tahap maksimum iaitu sekitar 1.8 juta sehingga 2 juta ekor sehari agar tidak lagi berlaku krisis atau masalah kekurangan bekalan ayam seperti yang berlaku sebelum ini.
Tambahnya, pemerhatian lanjut juga sedang dilakukan terhadap bekalan ayam di seluruh negara dalam masa dua hingga tiga minggu lagi sebelum kerajaan mengkaji semula larangan mengeksport ayam ke luar negara.
Abd Hadi Che Awang
Tue Jun 21 2022
![Harga ayam dijangka naik RM11 sekilo mulai 1 Julai Harga ayam dijangka naik RM11 sekilo mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655797988_TBRonaldKiandee.jpg)
Datuk Seri Ronald Kiandee memberi jaminan kerajaan akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus kepada kumpulan berkenaan. - Gambar Astro AWANI
![JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727489883_HectorBidoglio.jpg)
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
![Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815984_TBLINDABEEGO.jpg)
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
![Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu? Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738819574_TBKANNA.jpg)
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
![Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738817318_TBHELICRASH.jpg)
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
![Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738820144_AzamBaki.jpg)
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
![Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
![Harga ayam dijangka naik RM11 sekilo mulai 1 Julai Harga ayam dijangka naik RM11 sekilo mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655797988_TBRonaldKiandee.jpg)
Harga ayam dijangka naik RM11 sekilo mulai 1 Julai
Kenaikan dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu.
![Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618729236_hargaayam.jpg)
Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa kenaikan harga dedak itu sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.