Musim durian datang lagi, namun bagi "hantu durian" perbezaan situasi musim kali ini pasti agak dirasai berbanding tahun-tahun sudah.
Hilang sudah kemeriahan berkumpul di dusun mahupun makan beramai-ramai di gerai durian lantaran perlunya mematuhi normal baharu yang mengutamakan jarakan sosial termasuk hanya boleh beli tapau untuk dinikmati di rumah.
Bagi kebanyakan penggemar durian, mereka tidak mempunyai masalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu itu, namun yang menjadi pertikaian dan dikongsikan di alam siber ialah harga raja buah tersebut yang pada mereka "mahal teruk" (terlampau mahal) berbanding kebiasaan.
Pengguna Twitter @fiqkgetah atau nama sebenar Muhammad Afiq Nor Hassim, 33, berkata rata-rata penjual durian memberi alasan kenaikan harga disebabkan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini termasuklah permintaan tinggi namun bekalan terhad disebabkan pergerakan yang terbatas, menyebabkan sesetengah peniaga terpaksa mengambil buah daripada orang tengah, katanya.
"Hendak dapatkan stok durian masih OK lagi, tetapi bab harga ... mahal teruk, harga tidak masuk akal.
"Paling ketara ialah durian kampung," katanya kepada Bernama.
Luahan sama turut dikongsi oleh pengguna Twitter @pjoe: "harga durian tahun ini kenapa macam berbeza, lagi mahal dan beza banyak pula berbanding tahun lepas."
Katanya ada peniaga yang menjual durian kampung sehingga RM18 sekilogram.
@AzmiraAzmi pula berkata ketika dia mempertikaikan kenaikan harga tersebut, peniaga durian berkenaan menjawab: "harga yang murah itu harga bertahun yang lepas."
Dalam pada itu, masih ada yang bersikap positif seperti @thezulfo yang berkata harga durian mencanak naik ekoran permintaan tinggi, lebih-lebih lagi musim baru sahaja bermula.
"Tunggulah lama sikit, nanti mesti turun harga kerana bekalan pun sudah banyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020

Musim durian datang lagi, namun bagi "hantu durian" perbezaan situasi musim kali ini pasti agak dirasai berbanding tahun-tahun sudah. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.

Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.

Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.

Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Petani Indochina kerja keras manfaatkan permintaan pasaran durian China
Durian telah menjadi produk eksport utama dalam ekonomi Indochina -- Kemboja, Laos dan Vietnam.

Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.

Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.

Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.

Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.

Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.