ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) menjangkakan berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan pada bulan hadapan.
Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, berdasarkan pengalaman lepas, kenaikan harga makanan biasanya akan berlaku apabila tiba musim Ramadan ataupun musim perayaan.
Beliau berkata, pihaknya mengandaikan peningkatan harga berasaskan ayam akan berlaku disebabkan permintaan yang tinggi.
“Tidak dinafikan, harga ayam yang mahal hingga mencecah lebih RM9 hingga RM11 sekilogram menjadi tular dalam kalangan pengguna telah turun kepada sekitar RM8.50 sekilogram.
“Harga ayam turun sedikit selepas kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam namun kita tidak menolak kemungkinan harga akan meningkat disebabkan permintaan tinggi pada bulan Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambah Mohamad Yusrizal, beliau mendapati kebanyakan tapak bazar di negeri ini seperti Jitra dan Kota Setar telah penuh berikutan telah disewa peniaga yang ingin berniaga pada bulan Ramadan.
“Jadi, kemungkinan ada peniaga menyewa tapak bazar ini merancang menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam percik dan ayam golek. Jadi, permintaan tinggi dan kenaikan harga berlaku,” katanya.
Ketika mengulas mengenai harga makanan lain, Mohamad Yusrizal menyatakan Cake belum dapat menjangkakan kenaikan harga makanan keperluan lain selain makanan berasaskan ayam.
Beliau bagaimanapun menegaskan, jangkaan berkenaan bukanlah untuk mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengguna, sebaliknya berharap pihak berwajib bersedia sekiranya berlaku kenaikan harga ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 10 2022

Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) jangka berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan pada bulan hadapan. -Gambar fail/Bernama
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

IMF jangka pertumbuhan Malaysia berkembang pada 4.7 peratus
Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa.

Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik pada Ramadan
Berdasarkan pengalaman lepas, kenaikan harga makanan biasanya akan berlaku apabila tiba musim Ramadan ataupun musim perayaan.