Harga petrol RON95 naik tiga sen kepada RM2.27 seliter berbanding RM2.24 minggu lepas; petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.54 berbanding RM2.52 seliter minggu lepas; manakala diesel naik lima sen kepada RM2.21 berbanding RM2.16 seliter minggu lepas.
Harga baharu petrol dan diesel ini berkuat kuasa jam 12.01 pagi Khamis dan kekal hingga 26 April.
![Harga baharu petrol dan diesel ini berkuat kuasa jam 12.01 pagi Khamis dan kekal hingga 26 April.](http://img.astroawani.com/2017-04/71492598251_freesize.jpg)
Harga baru itu disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi akaun Twitternya.