KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membantu pekebun kecil terutamanya yang terlibat dalam sektor getah.
Menurut KPK dalam kenyataan hari ini, harga produk ini adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran antarabangsa.
"Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi harga getah asli ialah prestasi pasaran hadapan, harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi negara-negara pengeluar serta pengimport utama getah dunia," katanya.
Ia merujuk kepada laporan akhbar tempatan bertajuk "Tiada lagi hasil getah Malaysia?" yang menyentuh mengenai harga getah rendah dan berterusan tidak stabil.
Katanya KPK telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya Insentif Pengeluaran Getah (IPG), menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG kepada RM2.70 daripada RM2.50 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM350 juta dan memperkenalkan Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) bagi membantu industri tersebut.
"Setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program IPL akan menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara sekali beri (one-off)," katanya.
Menurut KPK, agensi di bawahnya, Lembaga Getah Malaysia (LGM) juga telah menambah baik proses pembayaran bagi memudahkan penyaluran bantuan seperti IPG dan IPL.
Bagi menghadapi cabaran kekurangan buruh asing dan menarik minat generasi pelapis, katanya LGM telah memperkenalkan konsep pembangunan getah secara berkelompok.
"Kolaborasi strategik antara kerajaan dan entiti bukan kerajaan atau syarikat swasta telah diperkenalkan melalui penambahbaikan model dan struktur operasi pekebun kecil dan rangkaian bekalan getah di peringkat huluan.
"Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing selain dapat menarik minat generasi pelapis untuk berkerjaya dalam industri getah," katanya.
Bagi meningkatkan penggunaan getah asli di Malaysia, katanya kerajaan juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk penggunaan Cuplump Modified Bitumin (CMB) untuk penyelenggaraan jalan dalam Belanjawan 2023, antara teknologi yang dibangunkan oleh LGM.
"Kementerian mengalu-alukan cadangan dan saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah ke arah meningkatkan industri getah negara.
"Untuk makluman berhubung saranan supaya semua agensi berkepentingan mahupun industri untuk duduk bersama adalah satu pendekatan yang sentiasa diamalkan oleh KPK.
"Kerajaan sentiasa komited dalam merangka dasar dan strategi untuk meningkatkan daya saing dan daya maju industri getah negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023
Menurut KPK, harga produk ini adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran antarabangsa. - Gambar hiasan
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
Pekebun kecil getah di Sabah, Sarawak terima bayaran IPG bagi Mac
Bermula Januari, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar
Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.
Mekanisme harga getah untuk kesinambungan hidup pekebun kecil dijangka dimuktamad tahun ini - KPK
Antara cabaran utama pelaksanaan mekanisme LRPM adalah untuk mendapatkan kesepakatan dari semua 13 negara anggota di bawah ANRPC.
Malaysia bekerjasama dengan negara pengeluar utama dunia stabilkan harga getah
Kerajaan akan terus giat membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran menerusi kerjasama dengan negara pengeluar getah utama.
Kerajaan beri tumpuan R&D untuk tingkat produktiviti getah
Pelbagai kajian dilakukan termasuk berkaitan penyakit seperti akar putih dan juga kaedah torehan lebih baik untuk hasil lebih banyak.
PRN: Harga getah hanya untungkan negara luar, tidak selari dengan mata wang negara
Kerajaan dilihat gagal mengatasi isu kadar harga getah yang merundum sejak sekian lama meskipun negara ini kaya dengan pengeluaran hasil berkenaan.
Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai
Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.
Harga rendah: Kerajaan komited bantu pekebun kecil getah
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membantu pekebun kecil terutamanya yang terlibat dalam sektor getah.