KUALA LUMPUR: Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata Kabinet turut bersetuju kilang tertentu sahaja iaitu yang menternak ayam secara khusus untuk tujuan eksport, boleh mula mengeksport ayam selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Oktober ini.
Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, keputusan terbaharu Kabinet itu tidak mempunyai tarikh akhir kerana kerajaan akan memantau keseluruhan pengeluaran dan eksport sebelum membuat sebarang keputusan.
"Jadi, sebelum Kabinet membuat keputusan yang baharu, keputusan yang saya umumkan hari ini akan terus berjalan selepas daripada 31 Ogos," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.
Pada 30 Julai lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof dilaporkan berkata mekanisme pelaksanaan harga siling ayam standard RM9.40 sekilogram di Semenanjung mungkin tidak akan diteruskan kerajaan selepas 31 Ogos memandangkan bekalannya didapati semakin stabil hari demi hari.
Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga telur ayam bagi gred A pada 45 sen sebiji, gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen sebiji) yang berkuat kuasa pada 1 Julai untuk tempoh dua bulan.
Kerajaan juga mengambil langkah intervensi menyekat pengeksportan ayam mulai 1 Jun lepas berikutan berlaku kekurangan bekalan menyebabkan harga produk itu naik, namun akhir-akhir ini terdapat lambakan bekalan dalam negara mendorong penternak menggesa kerajaan menarik semula sekatan itu.
Berkenaan eksport ayam, Annuar berkata Kabinet dimaklumkan terdapat permohonan daripada industri yang menyatakan bekalan ayam ketika ini melebihi daripada keperluan, maka ada pihak yang meminta kerajaan membenarkan untuk eksport.
Menurutnya Kabinet telah menetapkan keutamaan mestilah terus ditumpukan kepada keperluan domestik yang mencukupi, malah sekiranya terdapat sedikit oversupply atau penawaran berlebihan situasi itu perlu dikekalkan kerana dengan adanya pengeluaran lebih tinggi daripada permintaan, ia boleh menjadi mekanisme bagi penurunan harga sesuatu barang.
"Bila harga turun tak boleh kita nak mengurangkan bekalan. Jadi, eksport tidak boleh dibenarkan kalau ia diambil daripada pengeluaran untuk kegunaan domestik.
"Untuk kegunaan domestik, ayam yang diimport dibenarkan (selain) ayam dikeluarkan terus dari ladang yang berbagai-bagai dan ia perlu dikekalkan begitu. Kita faham ada permintaan daripada negara pengimport dan kita ada kapasiti di ladang tertentu di negeri-negeri tertentu untuk mengeksport," katanya.
Beliau berkata Jemaah Menteri telah bersetuju hanya kilang tertentu sahaja boleh mengeksport ayam secara bersyarat serta berperingkat, dan kilang berkenaan perlu mendapat kebenaran daripada MAFI.
"Bermakna berapa (ayam) yang dikeluarkan dan dengan kebenaran oleh MAFI, dia tidak boleh menjejaskan bekalan dikeluarkan untuk kegunaan dalam negara
"Hanya ladang yang khusus sahaja, mengeluarkan ayam yang khusus boleh mula ternak sekarang untuk eksport tetapi tidak boleh mengurangkan pengeluaran sedia ada ataupun import yang telah dibenarkan," katanya.
Annuar berkata mekanisme itu akan dipantau pasukan khas berkenaan secara rapi bagi memastikan keperluan domestik sebanyak kira-kira 70 juta ekor sebulan atau 2.3 juta sehari sentiasa ada, malah jumlahnya harus lebih sedikit daripada yang dinyatakan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pasukan khas tersebut di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 sekilogram yang ditetapkan.

Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta
Jemaah Menteri setuju harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.

Harga siling ayam, kebenaran eksport akan diteliti - Annuar Musa
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan meneliti untuk menetapkan harga siling ayam dan mengkaji semula untuk membenarkan produk tersebut dieksport.

Selepas ayam, kini bekalan telur pula tidak cukup - Ameer Mydin
Kerajaan digesa kenakan sekatan eksport telur ayam bagi memastikan bekalan dalam negara mencukupi.

Penetapan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam, telur dibuat dengan teliti
Keputusan Jemaah Menteri menetapkan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam dan telur dibuat dengan teliti demi kebaikan dan kesejahteraan semua peringkat rakyat dalam menghadapi masa sukar.

Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
Menurut firma itu, inflasi makanan ketika ini sudah pun mencecah paras tertinggi berdasarkan data IHP pada Mei 2022.

Harga siling baru ayam RM9.40 mulai 1 Julai - Ronald
Harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Harga ayam: Mungkin ada aspek terlepas pandang - Ahmad Zahid
Beliau berkata, kelemahan di peringkat tertentu itu menyebabkan harga ayam masih belum dapat distabilkan.

Harga siling ayam: Perak tidak berhasrat ikut Selangor
Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan dalam menentukan harga runcit bagi ayam standard di negeri ini.