Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam titah perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan menerusi saluran TV1, Selasa malam, Seri Paduka juga bertitah mengingatkan rakyat Malaysia menghargai keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini.
Seri Paduka juga menyeru seluruh rakyat agar menanam semangat perpaduan yang utuh dan menghindari dari sebarang perkara yang boleh menggugat kemakmuran negara ini.
"Sesuai dengan rakyat di negara ini yang berbilang bangsa dan agama, kedatangan Hari Raya Aidilfitri wajar disambut dengan penuh kegembiraan oleh sekalian rakyat Malaysia.
"Pada hemat Beta, budaya meraikan hari kebesaran agama dan amalan kunjung mengunjungi boleh menjadi jambatan perpaduan yang utuh kepada kita rakyat Malaysia," titah Seri Paduka.
Sultan Abdullah bertitah bahawa Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatnya, seluruh umat Islam dapat menyambut Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Titah Seri Paduka, segala ibadah selama sebulan lepas diharap mampu melahirkan insan bertaqwa yang penuh rasa kehambaan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
Dalam pada itu, Seri Paduka turut menyeru agar rakyat negara ini tidak melupai pengorbanan serta jasa para pendahulu yang telah mewariskan Malaysia yang aman dan makmur untuk dinikmati generasi kini dan akan datang.
Sultan Abdullah turut menghargai pengorbanan mereka yang terpaksa bertugas pada hari raya khususnya anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta anggota agensi kerajaan yang bertugas, demi menjaga keamanan dan kemakmuran negara.
Dalam titah perutusan itu, Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, yang telah menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang mangkat pada 22 Mei lepas.
"Ingatan serta kasih rakyat Malaysia yang dicurahkan sedikit sebanyak mengubat rasa duka Beta sekeluarga. Beta dan Raja Permaisuri Agong mendoakan seluruh rakyat dan negara kita sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT dan terus kekal aman makmur, dijauhi dari sebarang musibah dan bencana.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang Beta kasihi. Maaf zahir dan batin," titah Seri Paduka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2019

Seri Paduka juga menyeru seluruh rakyat agar menanam semangat perpaduan yang utuh.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.