KUALA LUMPUR: Pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang esok.
Perasmian sambutan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan.
Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataan, antara aktiviti yang bakal diadakan adalah pertandingan mewarna, pertandingan reka cipta bahan kitar semula, pengumpulan buangan kitar semula, Kempen Hindari Plastik Sekali Guna, pelancaran buku Islam dan Alam Sekitar serta penyampaian Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan 2020/2022.
"Aktiviti lain melibatkan kempen pengumpulan e-waste, Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) dan juga acara Gambut Run sejauh 5 kilometer yang akan disertai oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," menurut kenyataan itu.
HASN yang disambut pada 21 Okt setiap tahun mengekalkan tema "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama" dengan tambahan slogan "Menyantuni Alam Sekitar dan Keluarga Malaysia".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Perasmian sambutan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Ketua PBB seru hentikan kerosakan di bumi
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyeru tindakan segera bagi menghentikan kerosakan di Bumi dengan menyatakan hampir 40 peratus tanah di planet ini

NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.

Institusi kewangan mula ambil langkah tangani perubahan iklim - CGS CIMB
Bank-bank di negara ini didapati mula menunjukkan kemajuan dalam menangani risiko perubahan iklim.

COVID-19: Kelantan batal penganjuran acara libatkan orang luar
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, surat arahan mengenai perkara berkenaan belum dikeluarkan.

Semangat memulihara alam sekitar bersama UCSI dengan Kempen Hijau
Beberapa gerai bertemakan Hari Alam Sekitar Sedunia dibuka termasuk yang menjual tanaman dalam pasu dan produk lain yang mesra alam.