HARI Kesihatan Sedunia 2021 disambut buat tahun kedua berturut-turut di tengah pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Menerusi tema 'Mewujudkan dunia yang sihat dan adil', Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya mengakui wujud ketidakadilan dalam sistem kesihatan dunia.
Menurut WHO, tatkala COVID-19 melanda dunia, ada antara warga dunia yang dapat meneruskan kehidupan yang sempurna lantaran akses perkhidmatan kesihatan dan pelbagai lagi yang lebih baik.
"Di seluruh dunia, sesetengah kumpulan masyarakat hidup dalam kesukaran lantaran pendapatan yang rendah, kediaman tidak sempurna, sistem pendidikan yang lemah, peluang pekerjaan yang sedikit, ketidaksamaan gender selain tiada akses sempurna kepada persekitaran selamat, air dan udara bersih, keselamatan makanan dan perkhidmatan kesihatan.
"Permasalahan ini menjurus ke arah penderitaan yang tidak sepatutnya dirasai rakyat, penyakit yang tidak dapat dibendung serta kematian pramatang.
"Ini menjejaskan kehidupan masyarakat serta ekonomi," memetik kenyataan WHO.
Bagaimanapun, tegas WHO, perkara itu tidak adil sedangkan ia boleh dicegah.
Justeru, WHO menggesa pemimpin dunia untuk:
1. Bekerjasama
Pemimpin digesa saling bekerjasama membantu golongan dan individu terjejas, mengatasi ketaksamaan dan mencari penyelasaian.
Kesan positif dapat dilihat sekiranya kerajaan dan komuniti bekerjasama, menerusi pendekatan bersasar.
2. Kumpul data penting
Memastikan data kesihatan penting dikumpul dan digunakan sebaik mungkin.
Pengasingan mengikut jantina, umur, pendapatan, pendidikan, status warganegara, OKU, lokasi dan maklumat lain penting dalam konteks nasional.
Maklumat ini akan pastikan ketidaksamaan dalam populasi dapat ditangani.
3. Menangani ketaksamaan
Pendekatan kerajaan secara menyeluruh untuk mengatasi ketaksamaaan, termasuk tambah peruntukan dalam penjagaan kesihatan.
Ini kunci dalam mengatasi cabaran dalam memastikan 'Kesihatan untuk Semua' sekali gus membentuk ketahanan masa hadapan.
4. Bertindak melangkaui sempadan
Bertindak mengatasi sempadan. Contohnya, hanya apabila kita boleh melindungi, uji dan rawat seluruh populasi global, maka kita boleh tamatkan pandemik COVID-19.
Ia termasuk memastikan bekalan vaksin mencukupi. Kita mesti mengukuhkan mekanisme nasional dan antarabangsa.
Mewujudkan kepercayaan dan penglibatan komuniti terhadap penyampaian kesihatan dalam memastikan akses global.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 06 2021

Menerusi tema mewujudkan dunia yang sihat dan adil, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya mengakui wujud ketidakadilan dalam sistem kesihatan dunia. - Foto WHO

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

12 pesakit dari Gaza dipindahkan ke Eropah untuk terima rawatan
Diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania semalaman untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan.

Larangan merokok termasuk di pejabat swasta tindakan tepat, strategik
Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam, merupakan tindakan tepat dan strategik.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.

Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.

Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.

Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal
Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.