KUALA TERENGGANU: Tindakan secara kolektif oleh semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk menyelamatkan lautan yang semakin terancam ketika ini.
Ketua Pusat Tadbir Urus Lautan Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Prof Dr Wan Izatul Asma Wan Talaat berkata, data saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbaharu menunjukkan populasi ikan bersaiz besar telah berkurangan sebanyak 90 peratus.
"Selain itu, data tersebut juga menunjukkan kemusnahan terumbu karang terus meningkat sebanyak 50 peratus. Kita telah mengeksploitasi lautan lebih daripada yang boleh diisi semula manakala kepesatan pembangunan fizikal di muka bumi telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada lautan.
"Pemanasan global juga telah mengakibatkan perubahan iklim melampau yang mendadak. Apabila lautan menjadi panas, lebih banyak air meruap ke atas menjadi kelompok awan yang akhirnya membentuk taufan besar dan ribut kuat yang melanda pantai serta memusnahkan penempatan dan infrastuktur," katanya dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Laut Sedunia 2022 hari ini.
Wan Izatul Asma berkata, atmosfera panas juga mengakibatkan glasier dan pek salji di pergunungan serta perisai ais di Antartika menjadi cair seterusnya menyebabkan peningkatan paras air laut yang mengancam kawasan pesisiran pantai Malaysia.
Beliau berkata situasi itu sangat membimbangkan kerana peranan lautan kepada bumi sangat besar iaitu menghasilkan sekurang-kurangnya 50 peratus oksigen, menjadi habitat semula jadi kebanyakan sumber biodiversiti bumi dan merupakan sumber protein utama kepada penduduk dunia.
"Pendek kata, lautan adalah kunci kepada kehidupan dan sumber ekonomi dunia dengan anggaran 40 juta individu bergantung hidup di dalam industri berasaskan lautan menjelang 2030," katanya.
Oleh itu, beliau berkata penglibatan komuniti tempatan juga sangat penting dalam memastikan usaha menyelamatkan lautan dapat dilaksanakan secara berkesan.
"Contohnya, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat telah menyarankan 10 langkah bagi masyarakat untuk menyelamatkan lautan seperti menjimatkan penggunaan air, mengurangkan bahan pencemar dan melaksanakan sistem penangkapan ikan secara bertanggungjawab.
"Selain itu, masyarakat digalakkan menjadi sukarelawan untuk pembersihan pantai serta kawasan tadahan hujan dan memastikan bot berlabuh di kawasan berpasir jauh dari karang dan rumput laut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Penglibatan komuniti tempatan juga sangat penting dalam memastikan usaha menyelamatkan lautan dapat dilaksanakan secara berkesan. - Unsplash

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin
Sasaran itu selaras dengan obligasi di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.

Inovasi untuk kelestarian laut
Kebergantungan Malaysia terhadap lautan tidak dapat disangkal lagi, di mana lautan merupakan sumber alam yang penting kepada ekonomi Malaysia.

Penyu menangis siapa yang tahu
Wartawan Astro AWANI melaporkan dari Pulau Mabul sempena Hari Laut Sedunia hari ini.