BATU GAJAH: Suasana di pekan lama Papan, Pusing, dekat sini, yang mencecah usia hampir 200 tahun sungguh mempesonakan dengan kebanyakan orang ramai berbusana tradisonal pelbagai bangsa.
Hari Retro Pekan Lama Papan yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia ini berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan penyertaan lebih 1,000 pengunjung pada Sabtu.
Keberadaan konvoi kereta, motosikal dan basikal klasik turut mengembalikan nostalgia zaman silam, selain pelbagai pengisian padat yang disusun khusus untuk para pengunjung.
Program ini dianjurkan dengan gabungan pelbagai agensi serta komuniti setempat di Papan, termasuk Majlis Daerah Batu Gajah, UiTM, Kumpulan Warisan Papan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Papan serta Persatuan Warisan Perak.
Menurut Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee, ia merupakan kali kedua dianjurkan selepas mendapat sambutan hangat pada tahun lalu.
"Tahun ini lebih meriah dengan penglibatan ramai pihak termasuk sekolah, pihak universiti dan persatuan. Kita dapat lihat pelbagai kaum hadir memeriahkan program dua hari ini.
"Tema tahun ini cenderung kepada pakaian tradisional, ramai yang mengenakan busana tradisi yang pasti menggamit kenangan silam bersempena Hari Malaysia 16 September," katanya pada Sabtu.
Dalam pada itu, katanya, pekan Papan sendiri mempunyai nilai sejarah tidak ternilai, kerana ia merupakan pekan perlombongan bijih timah tertua di Lembah Kinta.
Antara pengisian menarik yang ada di sini seperti pertandingan pakaian tradisi berbilang kaum, pertandingan bercerita sejarah Malaysia, perarakan kibar Jalur Gemilang serta lebih 20 reruai yang disediakan.
"Ramai pengunjung yang hadir untuk melihat keunikan yang ada di sini seperti lorong lukisan lantai, Galeri Warisan Papan, pokok banyan yang berakar di dinding, Masjid Papan, Rumah Asal Raja Billah serta Sybil Kathigasu Memorial.
"Turut diadakan demonstrasi mendulang bijih timah di sini dan orang ramai boleh mempelajari bagaimana orang terdahulu mendapatkan bijih timah, diharapkan program sebegini dapat diteruskan untuk tahun mendatang di samping dapat meriahkan pekan ini," katanya lagi.
Papan mewakili beberapa nama lain seperti Kota Papan, Pengkalan Papan dan Klian Papan.
Menurut rekod awal orang Eropah, nama Papan dieja Pappan atau Pappin. Asal usul nama Papan dikatakan mempunyai kaitan dengan kegiatan pembalakan di situ.
Aida Aziz
Sun Sep 17 2023
Hari Retro Pekan Lama Papan sempena Hari Malaysia berlangsung dua hari dengan penyertaan hampir lebih 1,000 pengunjung pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
100 pemimpin wanita sertai program perantis tahun INI - Nancy
Sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas bakal bertaraf premier - PM
Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 1 pagi Isnin.
PDRM perketatkan keselamatan Prabowo Subianto esok
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
[TERKINI] PM Anwar minta lawatan Prabowo tidak diganggu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya pada Isnin tidak mengganggu urusan lawatan rasmi Presiden Indonesia yang dijadual berlangsung pada waktu sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.
10 Berita Pilihan - (26 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prabowo tetamu utama sambutan ke 76
Sambutan Hari Rupublik India ke 76 pada Ahad cukup meriah dengan perarakan warna warni yang memaparkan kekuatan ketenteraan dan kepelbagaian budaya di tengah-tengah ibu negara, New Delhi.
Hari Retro Pekan Lama Papan hidupkan nostalgia lombong bijih timah tertua di Lembah Kinta
Keberadaan konvoi kereta, motosikal dan basikal klasik turut mengembalikan nostalgia zaman silam.