TAMBUNAN: Di samping sambutan Hari Kebangsaan, Sabah hari ini meraikan Hari Sabah, selepas kali terakhir disambut 60 tahun lepas.
Sambutan itu diserikan dengan perarakan kira-kira 500 peserta daripada 100 kontinjen antaranya agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tambunan serta Persatuan Kebajikan Prihatin Sabah dan Sekolah Adat Negeri Sabah.
Kehadiran Unduk Ngadau Kaamatan 2023 Carol Abbey Gail serta enam finalis lain pertandingan diiringi Pengerusi Pertandingan Joanna Kitingan pada sambutan itu turut menarik perhatian orang ramai yang hadir.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sambutan semula Hari Sabah itu bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu dan pasukan keselamatan dalam memastikan Sabah serta negara aman dan makmur.
"Menyedari akan pentingnya Hari Sabah ini kepada seluruh rakyat maka kerajaan negerimemutuskan untuk mewujudkan kembali sambutan Hari Sabah di negeri ini dengan Tambunan menjadi tuan rumah pada tahun ini.
"Keputusan kerajaan negeri mengadakan semula Hari Sabah sebagai memperingati hari yang berakhirnya pemerintahan penjajah Inggeris di Sabah. Sementara Sarawak lebih awal mengisytiharkan 22 Julai setiap tahun sebagai Hari Sarawak," katanya ketika merasmikan sambutan Hari Sabah di sini hari ini.
Daerah Tambunan terletak di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 75 kilometer (km) ke tenggara Kota Kinabalu.
Hajiji berkata Hari Sabah telah diisytiharkan Gabenor British Sir William Goode pada 28 Ogos 1963 di Jesselton, kini Kota Kinabalu, dengan mengisytiharkan Sabah akan mempunyai kerajaan sendiri serta mengguna pakai Perlembagaan Negeri baharu, berkuat kuasa 31 Ogos 1963.
Beliau berkata dengan terbentuknya kerajaan sendiri itu, ia menjadi permulaan kepada langkah lebih besar Sabah iaitu membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

Di samping sambutan Hari Kebangsaan, Sabah hari ini meraikan Hari Sabah, selepas kali terakhir disambut 60 tahun lepas. - Facebook Hajiji Haji Noor

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos
Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.

Tambunan tuan rumah sambutan Hari Sabah 31 Ogos ini - Hajiji
Sabah julung kali akan akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi negara merdeka 60 tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Jeffrey rancang gazet 31 Ogos sebagai Hari Sabah
Satu kertas kerja kabinet untuk menjadikan 31 Ogos setiap tahun sebagai Hari Sabah telah disiapkan sebelum dikemuka dan digazetkan.