KUCHING: Sambutan Hari Sarawak 2021 akan dipancarkan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara maya pada 22 Julai ini.
Sambutan yang mengambil kira pandemik COVID-19, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, berkata, sambutan itu akan diadakan dengan skala kecil.
Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab Penganjuran Hari Sarawak 2021 berkata acara itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan 100 jemputan sahaja.
"Tidak dinafikan pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pelaksanaan pelbagai program termasuk penganjuran sambutan Hari Sarawak tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk meraikan tarikh penting itu bagi Sarawak,” katanya pada sidang media Sambutan Hari Sarawak 2021 di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa.
Dengan tema Sarawak Gemilang Untuk Semua, para jemputan tidak hanya kepada golongan kenamaan tetapi individu lain bagi membawa semangat perpaduan rakyat negeri itu.
"Ia termasuk mereka yang dianggap sebagai hero tak didendang.. mereka ini juga memainkan peranan penting,” katanya.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib selain Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isterinya, Datuk Amar Jumaani Tuanku Bujang dijangka hadir selaku tetamu kehormat.
Pelbagai pengisian program telah diatur Unit Protokol dan Penganjuran Acara Negeri (UPPAN) sepanjang sambutan itu berlangsung.
Sambutan itu akan disiarkan secara langsung menerusi TVS di saluran 122 Astro selain platform digital dan media sosial UKAS bermula dari jam 8.15 malam.
Shafik Ahmad
Tue Jul 13 2021

Sambutan Hari Sarawak 2021 akan dipancarkan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara maya pada 22 Julai ini.
Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan rutin berbuka puasa bersama rakyat.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Berbuka puasa sambil menyelusuri sungai Terengganu
Meyaksikan keindahan alam sambil berbuka puasa, pengalaman yang jarang dimiliki.
LG Malaysia perkenal DUALCOOL AI, transformasi HVAC ke arah teknologi pintar
LG Malaysia mengorak langkah baharu dalam industri pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) dengan memperkenalkan DUALCOOL™ AI, penyaman udara pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menawarkan kecekapan tenaga, keselesaan optimum dan pengalaman pengguna yang lebih intuitif.
AWANI SABAH+ Ekslusif Bersama Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah
Temubual eksklusif AWANI SABAH+ bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melihat kepada bagaimana beliau membawa visi dunia ke negeri di bawah bayu, selain merealisasikan impian demi kesejahteraan rakyat. Dan semua itu diterjemahkan menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya.
Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Badan bukan kerajaan Children’s Protection Society (CPS) Kuala Lumpur, bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) tampil menganjurkan majlis berbuka puasa meraikan golongan OKU penglihatan dan anak-anak keluarga B40 semalam, yang turut diberi pengisian tentang kesedaran terhadap peningkatan kes serangan seksual.
KKM semak penafian APHM, bayar guna insuran lebih rendah
Kementerian Kesihatan akan menyemak kenyataan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berhubung dakwaan tiada perbezaan ketara dalam kos antara pesakit berinsurans dan pesakit yang membayar sendiri.
Kertas cadangan C4P dibentangkan kepada JPA Mei ini
Kertas cadangan untuk memberi autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P) kini di peringkat akhir dan dijangka dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Mei ini.

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Consider This: Congestion Pricing (Part 1) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Hizal Hanis Hashim, Head of Corporate Communications and Knowledge Management at the Malaysian Institute for Road Safety Research (MIROS).

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Pergolakan politik hanya melemahkan negara dan ekonomi - Abang Johari
Pergolakan politik dan perebutan kuasa antara parti-parti politik akan hanya menyebabkan keadaan tidak stabil dan tidak sihat kepada pembangunan ekonomi.

Pendekatan 'self rule' bukan bermaksud Sarawak tidak hormati Kerajaan Pusat - Abang Johari
Amalan self-rule yang menjadi pendekatan utama pentadbiran Kerajaan Sarawak disifatkan relevan dalam penentuan tadbir urus negeri itu.

Hari Sarawak 2021 dipancarkan terus dari DUN Sarawak secara maya
Sambutan Hari Sarawak 2021 akan dipancarkan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara maya pada 22 Julai ini.