Kempen Hari Tanpa Beg Plastik akan tetap diteruskan di Selangor pada bulan-bulan akan datang, tegas Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.
Jelasnya, sehingga kini, kempen berkenaan mendapat maklum balas positif di kalangan penduduk negeri itu.
"Kempen ini memang mendapat maklum balas yang sangat positif. Kalau kita pegi pasar, kita boleh lihat orang bawa beg sendiri ke pasar, pasaraya dan kedai.
"Jadi kita akan teruskan program pendidikan ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Daerah Gombak di sini hari ini.
Elizabeth pada masa sama menegaskan, matlamat utama kempen Hari Tanpa Beg Plastik adalah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan bukannya menggantikannya dengan medium lain.
"Jadi, kalau cadangan hendak menggantikan dengan kertas, beg yang lebih besar atau kecik dan sebagainya, sebenarnya ia tidak mencapai matlamat tersebut.
"Justeru, kita menyeru semua orang membawa beg sendiri (ke pasaraya) bagi mengurangkan penggunaan beg plasti sebelum ini," ujar beliau.
Hari Tanpa Beg Plastik yang dipanjangkan tujuh hari seminggu di Selangor mula dilaksanakan sejak 1 Januari lalu.
Pelaksanaan peraturan itu bermakna peniaga di Selangor tidak lagi membekalkan beg plastik secara percuma, sebaliknya, pengguna dikenakan 20 sen bagi setiap beg plastik.
Kempen setiap hari itu juga turut mengundang pelbagai polemik oleh sesetengah pihak yang mempersoalkan ke mana 20 sen berkenaan disalurkan
Rahimah Abdullah
Tue Jan 24 2017
Elizabeth pada masa sama menegaskan, matlamat utama kempen Hari Tanpa Beg Plastik adalah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan bukannya menggantikannya dengan medium lain. - Gambar Bernama
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Tiada lagi beg plastik di 20 pasar raya, kedai serbaneka, rangkaian farmasi mulai 1 Okt ini - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara yang menyertai inisiatif itu ialah 99 Speedmart, Aeon, 7-Eleven, TF Value Mart dan Guardian.
Mahkamah Rayuan batal saman edar dadah terhadap pesalah juvana
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan terhadap seorang pemuda atas kesalahan mengedar 2.3 kilogram (kg) metamfetamina lima tahun lepas ketika dia masih remaja.
PBT perlu laksana penguatkuasaan lebih agresif larangan guna beg plastik
Ini berikutan tempoh kempen dan kesedaran yang panjang telah dilaksanakan sejak 5 Okt 2022, sudah mencukupi.
Kelemahan kempen, pemantauan, punca pengguna masih damba bes plastik
Sudah iba masa pengguna mengubah mentaliti untuk tidak lagi menggunakan beg plastik dalam kehidupan seharian.
Perak kaji cadangan larangan guna beg plastik, polistirena di semua PBT
Kerajaan Perak sedang menyemak semula dan mengkaji cadangan bagi pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik dan polistirena di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bungkus tubuh dengan plastik semasa makan pisang dalam tren untuk elak COVID-19
Wanita itu menggunakan helah bijak untuk melakukannya dan mematuhi peraturan ketat COVID-19 di negara itu.
Semua negeri setuju laksana kempen tanpa beg plastik - Tuan Ibrahim
Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik.
Perlis kaji haramkan penggunaan polistirena
Buat masa ini, kerajaan negeri telah menjalankan kempen larangan penggunaan beg plastik dan polistirena pada setiap hari Sabtu sebagai langkah permulaan.
Rusa dengan 7kg plastik dalam perut ditemukan mati di Taman Negara Thailand
Bangkai rusa berusia 10 tahun itu ditemukan di Taman Negara Khun Sathan di Wilayah Nan, Utara Thailand pada Isnin.
Contohi Pulau Pinang urus hasil kutipan caj beg plastik - TPM
Caj kutipan beg plastik di Pulau Pinang digunakan untuk program-program pemuliharaan alam sekitar sejak 10 tahun lalu.