KUALA LUMPUR: Hari Wesak tahun ini disambut sederhana dalam norma baharu di seluruh negara yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.
Walaupun penganut agama Buddha tidak dapat hadir secara fizikal ke tokong, pihak rumah ibadat itu dan persatuan giat melakukan penstriman langsung sambutan tersebut melalui media sosial seperti Subang Jaya Buddhist Association dan Bandar Utama Buddhist Society.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara yang terawal mengucapkan "Selamat Hari Wesak" kepada penganut Buddha hari ini.
Tidak ketinggalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memanfaatkan media sosial untuk berbuat demikian.
Sementara itu dalam kenyataannya, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini selain berkata perayaan itu disambut dengan aman dan harmoni, selaras dengan amalan kebebasan beragama yang menjadi lambang perpaduan negara.
"Pengamalan dan pembudayaan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat hari ini sewajarnya diperkukuhkan lagi ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.
"Marilah kita bersama-sama bersatu hati memerangi COVID-19 ini tanpa garis pemisah. Dalam masa yang sama marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada ini untuk menjiwai erti perpaduan yang sebenar," katanya.
Sementara itu, tokong-tokong Buddha di Pulau Pinang kebanyakannya hampir kosong memandangkan penganut tidak dibenarkan menyertai upacara sembahyang di premis berkenaan.
Pihak berkuasa termasuk polis dilihat berada di Mahindarama Buddhist Temple di negeri itu bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Wakil tokong Dr Surya Dharamdass turut menggesa orang ramai agar mematuhi SOP dan meraikan sambutan Wesak di rumah memandangkan segala upacara keagamaan di tokong disiarkan secara maya.
Hasil tinjauan Bernama di IPOH, mendapati kebanyakan tokong Buddha ditutup kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjung Rambutan di daerah Kinta.
Tokong Wat Siribunyamagaram di Jalan Tambun, antara kuil di sekitar Ipoh yang dilihat melakukan upacara keagamaan bersempena sambutan Hari Wesak dengan hanya 10 ahli jawatankuasa yang dibenarkan hadir di tokong untuk upacara itu.
Negara kini berada di bawah PKP 3.0 dengan sebahagian kawasan dikenakan PKPD dalam usaha membendung penularan jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
![Hari Wesak disambut sederhana di seluruh negara Hari Wesak disambut sederhana di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622022661_HARIWESAK.jpg)
Seorang AJK Kuil Buddhist Maha Vihara di Kuala Lumpur menyalakan lilin yang ditempah secara dalam talian oleh penganut Buddha berikutan PKP 3.0 ketika tinjauan sempena Hari Wesak hari ini. - Gambar/ Bernama
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand telah pun disiapkan beberapa tahun lalu.
![KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739265279_EwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan RM813.4 juta kepada 53,395 perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Sabah, sepanjang tahun lepas.
Agenda AWANI: Indeks Persepsi Rasuah | Tambah Baik Kedudukan
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata. Apa cara untuk tambah baik kedudukan ini dan adakah visi untuk berada 25 buah negara teratas di dunia menjelang tahun 2033 boleh dicapai? Diskusi 8.30 malam
![Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739272819_SaifuddinNasutionI.jpg)
Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716360974_sambutanHariWesak.jpg)
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini.
![TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716347103_FadillahYusof.jpg)
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
![Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716338754_HariWesak.jpg)
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
![Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716219653_TBWESAK.jpg)
Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.
![Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716154008_SaraswathyKandasam.jpg)
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
![Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714648804_HariWesak.jpg)
Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei
Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei ini.
![Presiden Sri Lanka beri pengampunan 988 banduan pada Hari Wesak Presiden Sri Lanka beri pengampunan 988 banduan pada Hari Wesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61669875749_RanilWickremesinghe.jpg)
Presiden Sri Lanka beri pengampunan 988 banduan pada Hari Wesak
Sri Lanka akan membebaskan 988 banduan pada Jumaat dalam pengampunan presiden bersempena Hari Wesak, acara keagamaan paling penting bagi penganut Buddha.
![Hari Wesak disambut meriah, penganut terus berwaspada ancaman COVID-19 Hari Wesak disambut meriah, penganut terus berwaspada ancaman COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652424264_HariWesak.jpg)
Hari Wesak disambut meriah, penganut terus berwaspada ancaman COVID-19
Hari Wesak hari ini disambut meriah dalam kalangan penganut agama Buddha dengan sesetengah individu masih mengamalkan langkah pencegahan dan berwaspada menghadapi ancaman COVID-19.
![Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683165921_IstanaNegara.jpg)
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.
![PM Anwar ucap Selamat Hari Wesak PM Anwar ucap Selamat Hari Wesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683164763_AnwarIbrahimHari.jpg)
PM Anwar ucap Selamat Hari Wesak
Pelbagai budaya serta perayaan seharusnya membawa mesej kasih sayang dan keamanan antara satu sama lain, kata PM.