Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menerima kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya, yang jantinanya masih belum dikenalpasti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir, berat anak Harimau Malaya yang dilahirkan pada 12 April itu dianggarkan seberat 700 gram hingga 900 gram.
Ia dilahirkan oleh ibunya, seekor Harimau Malaya dewasa berusia 11 tahun yang turut dilahirkan di Zoo Taiping & Night Safari pada tahun 2009.
"Pengumuman kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya, yang jantinanya masih belum dikenalpasti pada 12 April 2020.
"Kini Zoo Taiping mempunyai 8 ekor Harimau Malaya termasuk anak yang baru dilahirkan itu.
"Setiap anak Harimau Malaya yang lahir akan hidup bersama ibunya lebih kurang 18 bulan manakala tempoh penceraian susu sekitar umur 3 bulan hingga 4 bulan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Pengarah ZTNS, Dr Kevin Lazarus berkata, ia merupakan kelahiran yang keempat berjaya disambut oleh ZTNS selepas kelahiran terakhir pada tahun 2009.
Ujarnya, kebiasaannya Harimau Malaya hidup selama 16 tahun hingga 20 tahun.
"ZTNS telah menyediakan tempat untuk ibu harimau ini melahirkan anak, setelah ia mengawan secara semulajadi pada awal Januari, 2020.
"Kelahiran anak Harimau Malaya ini telah disedari oleh penjaga dia pada awal 12 April lalu.
"Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni merupakan spesis haiwan yang hidup secara bersendirian atau ‘solitary'.
"Semoga sasaran penambahan populasi Harimau Malaya meningkat menjadi 500 ekor dalam tempoh lima tahun akan datang dapat menjadi kenyataan," katanya.
Kini, Harimau Malaya diancam kepupusan pada tahap kritikal (zon merah) oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).
Dalam pada itu, ZTNS telah ditutup kepada orang awam mulai 18 Mac 2020 susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKP bagi menghentikan penularan wabak COVID-19.
Kerja-kerja menjaga kebajikan haiwan di ZTNS masih diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan dan pematauan terhadap haiwan-haiwan di sini dilakukan dengan lebih kerap.
Aida Aziz
Fri May 01 2020

Tempoh penceraian susu anak harimau adalah sekitar umur tiga hingga empat bulan dan akan hidup bersama ibunya selama kira-kira 18 bulan. - Foto Zoo Taiping

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?