KUALA LUMPUR: Zoo Negara hari ini menafikan dakwaan bahawa Harimau Malaya di pusat riadah negara itu dalam keadaan yang tidak terurus dan 'menyedihkan'.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, menegaskan haiwan tersebut sedang dalam proses penyembuhan daripada rawatan perubatan.
Kenyataan tersebut menyusul selepas tular di laman sosial mengenai keadaan Zoo Negara yang didakwa tidak terjaga dan kotor, selain gambar seekor Harimau Malaya yang kelihatan 'kurus kering'.
“Berkenaan Harimau Malaya yang didakwa mengalami kekurangan gizi, harap maklum bahawa harimau tersebut sedang pulih dari rawatan perubatan dan diberi peluang untuk berjalan di sekitar kandangnya sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.
BACA: Sibuk mengawan sampai tak makan, punca singa Zoo Negara jadi kurus
“Tidak adil bagi netizen untuk menuding jari kepada seekor harimau daripada harimau-harimau yang sihat di Zoo Negara,” demikian menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Rosly berkata Zoo Negara memberi jaminan bahawa pihaknya menyediakan keperluan asas yang terbaik kepada haiwan-haiwan dalam jagaan mereka.
Ia termasuk penyediaan makanan dan rawatan veterinar dengan sedaya upaya Zoo Negara, tambah beliau.
Bagaimanapun, Rosly berkata Zoo Negara mengakui bahawa terdapat banyak kekurangan dan pihaknya cuba mengatasi perkara itu secara berperingkat.
“Keutamaan kami juga adalah menyalurkan kewangan untuk makanan haiwan, penjagaan asas haiwan dan gaji kakitangan,” jelasnya.
Tegas beliau lagi, Zoo Negara membelanjakan kesemuanya sumbangan yang diterima sehingga tiada ruang untuk pembangunan dari segi fasiliti pendidikan, perlindungan serta penyelidikan saintifik.
Selain itu, beliau menambah Zoo Negara memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 pelawat setiap tahun untuk kembali pulih melalui penjualan tiket.
Walau bagaimanapun, Rosly berkata Zoo Negara terus komited meningkatkan dan memelihara kemudahan di lokasi ikonik riadah negara itu sebaik mungkin demi keselesaan para pengunjung.
Terdahulu, perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai keadaan Zoo Negara seperti tidak diselenggara dengan baik termasuk tangki berlumut dan air kotor telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet.
Ia termasuk mempertikaikan sumbangan yang diterima oleh pihak Zoo Negara.
Zoo Negara kembali beroperasi pada 3 Mac lalu selepas ia ditutup hampir tiga bulan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Sejak PKP 1.0 pada Mac tahun lalu, Zoo Negara berdepan krisis kewangan termasuk dilaporkan hanya mampu bertahan sehingga April.
Hasimi Muhamad
Fri Apr 02 2021

Semua sumber kewangan Zoo Negara digunakan untuk tujuan makanan haiwan, penjagaan asas haiwan dan gaji kakitangan, hingga tiada peluang untuk pembangunan fasiliti pendidikan, perlindungan serta penyelidikan saintifik. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.

Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.

Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri
Kelulusan RM5 juta itu juga ditambah dengan dana terkumpul menerusi program CSR oleh syarikat terlibat berjumlah RM5 juta.

Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas
Zoo Negara akan menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersempena dengan sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60, esok.

NRECC akan dapatkan laporan lengkap insiden banjir kilat di Zoo Negara
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian banjir kilat di Zoo Negara pada 18 Okt lepas bagi mengelakkan insiden berulang.

Selamat jalan panda Yi Yi dan Sheng Yi
Dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di negara ini iaitu Yi Yi dan Sheng Yi dihantar pulang ke China, semalam.

Kepulangan Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangisi penjaganya
Azrennizam memanggil nama kedua-duanya sambil menepuk sangkar haiwan itu bagi memastikan ia tenang semasa proses pemunggahan.

Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.