Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak menyediakan pakej jualan buah-buahan secara dalam talian hasil dari ladang Duriotourism miliknya di sini, bermula Isnin depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Perak Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata usaha itu dibuat kerana orang ramai tidak dibenarkan berkunjung ke Duriotourism Kuala Kangsar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan COVID-19.
Beliau berkata pihaknya menerima nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara supaya tidak membuka Duriotourism kepada orang ramai untuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan di ladang itu.
"Sebagai alternatif, kita mengadakan jualan secara dalam talian dan pembeli boleh memilih untuk mengambil tempahan sama ada di Duriotourism Kuala Kangsar atau di MARDI, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Duriotourism Kuala Kangsar pada Rabu.
Turut hadir Pengarah MARDI Perak Daud Endam.
Daud juga berkata buah-buahan yang ditawarkan terdiri daripada pelbagai variasi durian klon serta manggis dan harga pakej bermula serendah RM30 sehingga RM200 bergantung kepada berat.
Beliau berkata orang ramai boleh membuat tempahan menerusi www.agrobazaar.com.my atau memuat turun aplikasi 'Agrobazaar Online' di Play Store atau App Store, sehari sebelum proses penghantaran.
"Kita menyasarkan 10,000 biji durian dijual menerusi pakej jualan produk berkenaan," katanya.
Duriotourism Kuala Kangsar merupakan pusat agropelancongan berasaskan durian pertama di Malaysia yang dibuka pada Disember 2017.
Pengunjung boleh melawat kawasan ladang dengan menaiki trem sambil mendengar penerangan pekerja ladang berkaitan penanaman durian selain menikmati raja buah itu dengan bayaran tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020

Kakitangan Mardi Perak Amirul Haizam menunjukkan isi buah durian D10 (kanan) dan D24 (kiri) di Duriotourism Kuala Kangsar, 17 Jun, 2020. --fotoBERNAMA

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

ADUN Hulu Kinta diarah keluar dewan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila diarahkan keluar ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang, hari ini.

Ditenggelami air empat hari, 125 hektar sawah terjejas banjir di Bagan Serai
Menurutnya, berdasarkan tinjauanya sejak beberapa hari lalu, umur padi yang terlibat antara 15 hingga 40 hari yang ditenggelami banjir.

Hasil ladang Duriotourism Kuala Kangsar dijual secara dalam talian
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak menyediakan pakej jualan buah-buahan secara dalam talian hasil dari ladang Duriotourism miliknya di sini, bermula Isnin depan.

Adun Kuala Kurau nafi dapat tawaran Muafakat Nasional di Perak
Adun Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari nafi ada tawaran daripada UMNO dan Pas untuk menyertai gabungan Muafakat Nasional membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Banjir kilat: Sebahagian Jalan Bagan Serai - Selama ditutup
Abdul Yunus Jamhari berkata, seksyen jalan yang ditutup itu ialah antara Kilometer 15 - 16 selepas dinaiki air kira-kira 0.3 meter.

Tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, lorong ditutup 100m
Kejadian berlaku di Seksyen 31.6, Laluan FT 185 kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Enam projek baiki cerun runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, kerja-kerja baik pulih dan mengukuhkan enam cerun terbabit dilaksanakan Syarikat Konsesi PUSB.

Dakwaan Exco Perak bocor maklumat: Dua kertas siasatan dibuka
Kertas siasatan tersebut dibuka berikutan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean dan exco berkenaan, Abdul Yunus Jamhari.

Perak perkenal program pemutihan kawasan padi luar jelapang
Perak menjadi negeri pertama memperkenalkan program pemutihan kawasan padi luar jelapang, untuk mengatasi ketirisan dan penyelewengan pemberian subsidi baja bernilai jutaan ringgit.

Perak utamakan kawasan padi untuk keselamatan makanan
Kerajaan Negeri Perak tetap akan mengutamakan keperluan pembangunan pertanian terutama melibatkan kawasan sawah padi dengan mengekalkan dan menambah keluasan sedia ada.