PUTRAJAYA: Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Hasnol Zam Zam, 56, sebelum ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Hasnol Zam Zam adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang antaranya pengurusan sumber manusia serta pengurusan korporat.
"Saya berkeyakinan penuh beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan visi kementerian untuk menerajui pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara," katanya.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perancangan Bandar dari Universiti Utah, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Perancangan Bandar dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Hasnol Zam Zam menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Hasnol Zam Zam sebelum ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. - Fail/BERNAMA

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.

Hasnol Zam Zam dilantik KSU Kementerian Kerja Raya
Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Operasi khas kawalan harga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat - KPDNHEP
Operasi khas akan dilancarkan oleh pihak penguasa KPDNHEP di premis perniagaan susulan khuatir peningkatan harga pasaran ketika banjir.

Harga ayam kembali stabil dengan pelaksanaan Skim Harga Maksimum
Harga ayam kembali stabil ekoran pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021, di seluruh negara yang bermula hari ini.

Pemilik yang sewa premis kepada sindiket jual barang tiruan berdepan tindakan AMLA
Pemilik premis yang didapati menyewa premis mereka kepada sindiket penjualan barangan tiruan akan didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram.