ALOR SETAR:Penyakit hawar bulir bakteria (BPB - Bacterial panicle blight) yang boleh menjejaskan hasil dan kualiti padi kini dikesan sebagai ancaman baharu industri padi negara khususnya di Kawasan Muda.
Pengarah Bahagian Industri Padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Zainuddin Mat Zakaria berkata BPB disebabkan oleh bawaan bakteria Burkhoderia Glumae (bawaan benih) dan Burkhoderia Gladioli (bawaan benih dan tanah), yang sering menyerang pokok padi pada peringkat berbunga iaitu antara 60 hingga 70 hari selepas aktiviti menabur benih.
Katanya, bakteria itu juga boleh terdapat pada sisa tanaman, tanah dan air sepanjang musim penanaman dan ia boleh hidup dalam tanah lebih kurang empat bulan dan bagi simpanan benih, ia mampu bertahan sehingga tiga tahun pada suhu bilik.
"Simptom serangan penyakit BPB boleh dikenal pasti dan disahkan secara visual atau simptomatik di sawah setelah umur pokok padi mencapai 90 hari kerana pada peringkat ini simptom BPB jelas kelihatan.
"Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza dengan penyakit-penyakit padi yang lain, antaranya berlaku perubahan warna bijirin padi dan bijirin dijangkiti tersebar tidak sekata pada bulir (buah padi)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Zainuddin berkata selain itu, pangkal bijirin padi yang dijangkiti penyakit itu juga akan menjadi perang gelap dan serangan yang teruk boleh menyebabkan padi tidak berisi sekali gus mengurangkan hasil tuaian.
Katanya, sebaik dikesan dijangkiti BPB, sawah yang terkena serangan akan dikuarantin dengan memagarkan lokasi terjejas menggunakan tali atau pita dan dilabelkan kawasan larangan masuk untuk mengehadkan pergerakan keluar masuk di kawasan itu.
"Notis pemakluman juga akan diberi kepada petani yang terlibat dan petani-petani yang berhampiran dan kita akan memusnahkan sumber penyakit (padi batat, tunggul padi, jerami, rumpai) dalam kawasan serangan selepas penuaian hasil.
"Kemudian semburan racun rumpai yang disyorkan akan dilakukan dan batang padi perlu dipotong rapat dan dibakar dengan sempurna dan terkawal dengan kebenaran daripada Jabatan Alam Sekitar untuk memusnahkan sumber inokulum penyakit itu," katanya.
Selain itu katanya, jentera atau jentuai serta peralatan ladang yang memasuki kawasan sawah yang dijangkiti perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan disinfektan yang sesuai.
Zainuddin berkata tanaman padi dari kawasan serangan juga tidak boleh dijadikan sebagai sumber benih dan padi dari kawasan serangan BPB hanya dibenarkan dituai untuk menjadi padi beras.
Beliau berkata untuk mengurangkan risiko serangan sebarang penyakit padi, semua petani disarankan supaya menggunakan benih padi yang sah dan berkualiti, di samping mengelakkan penanaman padi yang terlalu padat dan elakkan penggunaan baja nitrogen secara berlebihan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020
![Hawar Bulir Bakteria ancaman baharu industri padi - MADA Hawar Bulir Bakteria ancaman baharu industri padi - MADA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/61511260162_padi.jpg)
Bakteria itu juga boleh terdapat pada sisa tanaman, tanah dan air sepanjang musim penanaman dan ia boleh hidup dalam tanah lebih kurang empat bulan. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Hawar Bulir Bakteria ancaman baharu industri padi - MADA Hawar Bulir Bakteria ancaman baharu industri padi - MADA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/61511260162_padi.jpg)
Hawar Bulir Bakteria ancaman baharu industri padi - MADA
BPB sering menyerang pokok padi pada peringkat berbunga iaitu antara 60 hingga 70 hari selepas aktiviti menabur benih.