IPOH: Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang dipercayai dibunuh dan dibakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, di Kampung Talang Hulu di Kuala Kangsar, Selasa lepas mendapati punca kematian adalah hentakan di kepala dengan kesan melecur yang teruk.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata bedah siasat dan pemeriksaan pergigian ke atas mayat itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang semalam.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Perubatan Forensik mendapati sebab-sebab kematian adalah 'blunt trauma to the head with severe burns'.
"Hasil pemeriksaan oleh Pakar Forensik Pergigian pula mendapati pergigian si mati dengan perbandingan maklumat rekod pergigiannya adalah besar kemungkinan si mati merupakan penama," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, Mior Faridalathrash dilaporkan berkata satu mayat wanita berusia 21 tahun dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar apabila polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu pada kira-kira 3.05 petang Selasa lepas.
BACA: Mayat tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi sungai
BACA: Mayat wanita terbakar, batu konkrit dengan kesan darah ditemui
BACA: Mayat wanita terbakar: Polis panggil teman lelaki mangsa
Adik lelaki mangsa berusia 19 tahun turut membuat laporan mengenai kehilangan wanita itu dipercayai berkaitan dengan penemuan mayat terbakar berdasarkan beberapa barangan dipakai mangsa.
Pada Rabu, polis menemukan seketul batu konkrit yang mempunyai kesan darah berhampiran mayat wanita terbabit yang dipercayai senjata digunakan untuk mencederakan kepala mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata bedah siasat dan pemeriksaan pergigian ke atas mayat itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang semalam. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Hentakan di kepala, kesan melecur teruk punca kematian wanita dibakar
Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang dipercayai dibunuh dan dibakar Selasa lepas mendapati punca kematian adalah disebabkan hentakan di kepala dengan kesan melecur yang teruk.

Mayat wanita terbakar: Polis panggil teman lelaki mangsa
Lelaki berusia 20 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, kira-kira jam 2.45 petang Rabu untuk soal siasat.

Identiti wanita dibunuh, dibakar dikenal pasti
Pengesahan diperoleh menerusi pengecaman dilakukan seorang lelaki yang mendakwa adik kepada mangsa berusia 21 tahun itu.