KUALA LUMPUR: Pemilik dan pengusaha restoran menggesa kerajaan agar membuang terma perkhidmatan perlu dan tidak perlu dalam menentukan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebaliknya, wakil Persatuan Pemilik Restoran dan Bistro, Jeremy Lim berkata, semua perkhidmatan atau industri adalah penting dan kerajaan perlu mencari titik tengah bagi membolehkan semua pihak mencari rezeki untuk meneruskan hidup.
"Banyak restoran tidak sesuai menjalankan model penghantaran. Kalau ia sesuai, maknanya kami melabur dalam cloud kitchen dan bukan restoran.
"Komponen penting dalam restoran ialah lokasi dan kami melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk lokasi, memberi suasana yang baik dan kos kakitangan. Kalau cloud kitchen, saya tidak perlu memikirkan semua ini.
"Sejak adanya larangan makan di restoran, kami masih menanggung perbelanjaan bulanan, seperti sewa, kos gaji pekerja dan utiliti, dengan hanya sedikit bantuan atau subsidi kerajaan.
"Banyak pengendali restoran kini hanya mempunyai aliran tunai untuk kurang dari dua bulan.
"Kami menjangkakan kadar penutupan perniagaan kira-kira 60 peratus di seluruh Semenanjung jika larangan itu berterusan dan ini berpotensi menjejaskan 500,000 isi rumah," katanya pada sidang media dalam talian F&B United, pada Rabu.
Sidang media itu turut menggabungkan beberapa persatuan antaranya F&B Connects, Malaysia F&B Alliance, Professional Culinaire Association (PCAM), HAPA Group dan Malaysia Food & Beverage Executives Association.
Tambah Lim, apa yang diperlukan pengusaha ketika ini bukanlah bantuan kewangan, tetapi timbang rasa dan kewajaran daripada kerajaan untuk membenarkan mereka bekerja seperti biasa, apatah lagi sudah terbukti perniagaan makanan bukan penyumbang utama kluster di negara ini.
Dalam masa yang sama, mereka juga menggesa kerajaan agar menggunakan data dan sains untuk mengkaji semula SOP semasa, dan melibatkan wakil persatuan perdagangan bagi membolehkan SOP yang lebih komprehensif dilaksanakan.
"Kerajaan tidak boleh berterusan memaksa orang ramai berada di rumah. Jika tidak diambil tindakan segera, pasti akan ada implikasi jangka panjang," ujarnya.
Madiha Abdullah
Thu Jul 15 2021

Ketika ini, pengusaha restoran tidak memerlukan bantuan kewangan, tetapi timbang rasa dan kewajaran kerajaan untuk membenarkan mereka bekerja seperti biasa. - Gambar hiasan

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Jijik! Ayam diletak di lantai berlumut, KPDN serbu premis penyembelihan di Puchong
Bekalan ayam yang telah disembelih diletakkan di atas lantai yang berlumut dengan dinding tempat penyembelihan berdaki serta berkarat.

11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.

MBS sita barangan perniagaan milik premis berkaitan GISB di Seremban 2
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyita beberapa barangan perniagaan restoran makanan yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), di Seremban 2 hari ini.

Tiga restoran popular jamin bahan mentah digunakan terima sijil halal
Pengurusan Dolly Dim Sum memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap menerima sijil halal Jakim.

Restoran milik bekas ADUN Selangor disimbah cat merah
Restoran milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Mohd Shaid Rosli di Bandar Puncak Alam dekat sini disimbah cat merah dalam kejadian pagi tadi.

SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.

Pempengaruh maut ditembak di restoran
Rakaman kamera CCTV dalam restoran tersebut menunjukkan pempengaruh itu ditembak sebanyak tiga kali sebelum penyerang melarikan diri.

KPDN Melaka serbu kedai runcit bekal barang bersubsidi kepada restoran
Kegiatan dua premis di Melaka Raya, Banda Hilir yang dimiliki dan dikendali warga asing itu, terbongkar menerusi maklumat orang awam.

Israel 'panas' dengan restoran 7 Oktober
Pemimpin ekstremis dan media Israel berasa 'tersinggung' sedangkan ia sebenarnya tiada kena mengena langsung dengan tarikh konflik itu.

Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023
Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023.