ISKANDAR PUTERI: Ibu kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah di sini, Sabtu lepas, memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai anaknya sehingga menjejaskan siasatan polis.
Leo Qieo Xin, 37, yang berada di pusat beli-belah berkenaan sejak kejadian itu berlaku berkata dia sangat khuatir akan keselamatan anaknya Albertine Leo Jia Hui yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik.
Wanita itu juga memaklumkan beliau akan terus berada di lokasi kehilangan sehingga kanak-kanak itu dijumpai.
"Saya sangat marah dan kecewa apabila banyak berita tidak tepat mengaitkan hal kehilangan anak saya. Tolonglah hentikan.. saya sangat sedih dengan kejadian ini, saya tidak selera makan sebab terlalu risau," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang di sini hari ini.
Kejadian itu difahamkan berlaku ketika berlangsungnya festival Bon Odori yang berakhir semalam dengan Leo Qieo Xin berniaga menjual minuman di festival itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pusat beli-belah tersebut mendapati dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk mengesan kanak-kanak itu.
Premis perniagaan di pusat beli-belah itu bagaimanapun beroperasi seperti biasa.
Dalam pada itu, beberapa pihak menawarkan wang ganjaran berjumlah sehingga RM50,000 kepada pihak yang berjaya menemukan kanak-kanak itu menerusi media sosial.
Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui yang disedari hilang oleh bapanya di sebuah pusat beli-belah di sini kira-kira 8.30 malam, pada Sabtu.
Kumarasan dipetik berkata kanak-kanak berketinggian lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus itu memakai kemeja T berwarna putih dengan gambar 'Mickey Mouse' pada bahagian dada dan berseluar pendek.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Leo Qieo Xin menunggu perkembangan terkini berhubung kehilangan anak perempuannya, ketika ditemui pemberita di lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang hari ini. - Foto Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Henti sebar maklumat tidak tepat - Ibu kanak-kanak perempuan hilang
Ibu kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di sebuah pusat beli-belah memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat.