KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berkaitan identiti mayat yang ditemukan dengan kesan terbakar di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata pihaknya telah mengesan penyebaran maklumat sedemikian di media sosial sejak semalam dan ia tular dengan menyatakan bahawa mayat tersebut ialah seorang wanita yang dikenali sebagai 'Kak Yah'.
"Mayat tersebut juga dikatakan telah dituntut ahli keluarganya di Bukit Bading, Ajil di Hulu Terengganu dan urusan pengebumian mayat berkenaan telah pun selesai sedangkan identiti mayat tersebut masih belum disahkan serta tidak diserahkan kepada mana-mana ahli keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Marzukhi berkata mereka yang didapati menyebar maklumat tidak benar boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Selain itu, mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988 yang mengenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Mayat dengan kesan terbakar keseluruhan badan itu ditemukan pada 17 April lepas dan maklumat palsu itu tular menerusi aplikasi WhatsApp.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021

Polis telah mengesan penyebaran maklumat sedemikian di media sosial sejak semalam dan ia tular dengan menyatakan bahawa mayat tersebut ialah seorang wanita yang dikenali sebagai 'Kak Yah'.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Mayat terbakar: 3 lelaki didakwa bunuh rakan
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor.

Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara
Mohammad Mokul Hossain didakwa membunuh Hossen Md Monowar di Jalan Kuak Pekan Kuak, Lenggong pada 8 September lalu.

Mayat wanita terbakar, batu konkrit dengan kesan darah ditemui
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, terdapat satu kesan luka pada bahagian atas kepala sebelah kanan.

Naluri anak yakin mayat terbakar adalah jasad ibu
Beliau tidak menyangka kematian ibunya berlaku secara tragis, namun tetap reda dan berharap individu yang melakukan perbuatan kejam itu mendapat hukuman setimpal.

Henti tular identiti mayat terbakar - Polis
Orang ramai dinasihat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berkaitan identiti mayat yang ditemukan dengan kesan terbakar di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air.