KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) menyeru pihak berkuasa untuk menghentikan segera pengusiran dan pemusnahan rumah Bajau Laut.
CENTHRA dalam satu kenyataan pada Ahad turut menggesa agar kerajaan menghormati dan melindungi hak Bajau Laut.
Ini termasuk terus melindungi masyarakat Bajau Laut dengan mengiktiraf warisan budaya dan cara hidup mereka yang unik, yang secara sejarahnya berkait rapat dengan wilayah maritim Sabah.
"CENTHRA turut menggesa agar memulakan dialog dan perundingan yang bermakna dengan komuniti Bajau Laut, NGO tempatan, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Pendekatan kolaboratif ini penting untuk mencari penyelesaian yang berperikemanusiaan dan mampan dalam menghormati cara hidup dan hak asasi manusia Bajau Laut.
"Selain itu, antara langkah lain yang dapat dilakukan adalah meratifikasi dan mematuhi perjanjian hak asasi manusia antarabangsa utama seperti Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) dan ICESCR untuk mengukuhkan rangka kerja perundangan yang melindungi semua individu dalam sempadan Malaysia.
"Ini dapat membuktikan komitmen Malaysia dalam menegakkan piawaian hak asasi manusia antarabangsa," kata CENTHRA dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Sehubungan itu, CENTHRA bersedia untuk membantu kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan lain dalam menangani pencabulan hak asasi manusia melalui advokasi, penyelidikan dan cadangan dasar.
"Kami menekankan keperluan untuk pendekatan berasaskan hak yang mengutamakan maruah dan kesejahteraan masyarakat Bajau Laut dan masyarakat tanpa kerakyatan yanglain.
"Komuniti antarabangsa mesti menyokong usaha untuk memastikan komuniti ini mendapatkeadilan dan diberi perlindungan yang sepatutnya,” jelas kenyataan itu lagi.
Sebelum ini, media melaporkan kejadian pengusiran dan pemusnahan kediaman milik lebih 500 individu Bajau Laut di Sabah baru-baru ini.
Tindakan yang dilaporkan sebagai sebahagian daripada tindakan keras yang diambil terhadap individu tanpa dokumen, disifatkan sebagai pencabulan hak asasi manusia dan memerlukan penilaian segera dibuat terhadap amalan penguatkuasaan di negara ini.
Nursyazwani Saiful Sham
Sun Jun 09 2024
Kerajaan digesa terus melindungi masyarakat Bajau Laut dengan mengiktiraf warisan budaya dan cara hidup mereka yang unik, yang secara sejarahnya berkait rapat dengan wilayah maritim Sabah. - Gambar BERNAMA
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Belum ada panggilan daripada penculik - Pesuruhjaya Polis Sabah
10 nelayan berkenaan dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dari dua bot nelayan di perairan Lahad Datu.