KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk menggunakan undang-undang di bawah bidang kuasanya bagi menghadapkan pesalah pencuri air ke mahkamah.
"Tangkap dan dakwa mereka di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri semalam.
Begitu juga, beliau berkata kilang-kilang yang didapati mencuri air mesti dihadapkan ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun.
Katanya tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang mencuri air kerana sambungan haram telah dikenal pasti sebagai punca utama 60 peratus air tidak terhasil (NRW) di Sabah, yang tertinggi di negara ini.
Menurutnya Kabinet negeri telah memanggil jabatan air untuk taklimat susulan demonstrasi satu kumpulan termasuk pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menuntut isu air itu diselesaikan.
Hajiji juga berkata Kabinet negeri telah dimaklumkan bahawa dalam tempoh dua bulan lepas, UMS hanya mengalami gangguan bekalan air selama satu atau dua hari akibat paip pecah.
Katanya dalam tempoh itu, JANS membekalkan antara empat juta hingga tujuh juta liter air setiap hari kepada UMS sebagai tambahan kepada satu juta liter air yang disediakan oleh tiub telaga.
" Saya telah meminta Naib Canselor UMS meneliti perkara itu bagi mengetahui punca air tidak sampai kepada pelajar," katanya.
Menurutnya, Kabinet dimaklumkan bahawa bekalan air ke UMS semakin berkurangan berikutan banyak sambungan haram dikesan dari lima perkampungan terletak di belakang UMS iaitu di atas tanah yang menjadi pertikaian antara mereka yang menduduki tanah dan pemilik tanah.
"Sebab itu saya mahu pihak penguat kuasa jabatan air pergi dan putuskan sambungan haram ini selain ambil tindakan tegas terhadap pesalah.
"Mungkin, jabatan air boleh memasang tangki 500 liter di tapak dan mengenakan bayaran kepada penduduk di situ. Ini akan menghalang mereka daripada menyambung paip semula secara haram ke saluran air," katanya.
Beliau memberikan jaminan bahawa tanggungjawab kerajaan negeri adalah membekalkan air dan pelbagai usaha dilakukan, sekali gus bertentangan dengan dakwaan pihak pembangkang.
Hajiji berkata usaha sedemikian termasuk Loji Rawatan Air Telibong II boleh menyediakan tambahan 160 MLD (juta liter sehari) untuk menampung bahagian utara Sabah termasuk UMS dan kawasan sekitarnya, sebaik pemasangan paip air siap.
"Selain itu, kerja-kerja meningkatkan bekalan air di bahagian selatan Pantai Barat yang memberi manfaat kepada penduduk di Papar, Lok Kawi dan Putatan telah pun bermula lapan bulan lalu dan dijangka siap menjelang 2026," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Hajiji berkata, tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang mencuri air kerana sambungan haram dikenal pasti sebagai punca utama 60 peratus air tidak terhasil di Sabah. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Curi air: SPAN serbu dua tapak pembinaan landasan kereta api
SPAN menyerbu dua lokasi tapak pembinaan landasan kereta api di Taman Melati, Gombak dan Serendah, Hulu Selangor, yang dikesan mencuri air.

Heret pencuri air ke mahkamah - Hajiji
Kilang-kilang yang didapati mencuri air mesti dihadapkan ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun.

2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama, di Gua Musang, Jumaat lepas.

Curi air: PATI, setinggan sambung paip antara punca jejas bekalan air di Sabah
Golongan pendatang tanpa izin (PATI) berterusan menyambung semula paip yang telah dipotong pihak berkuasa.

Ladang babi curi air bersih diserbu SPAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melakukan satu serbuan ke atas sebuah ladang ternakan babi di Kampung Tumbuk Pantai, Tanjung Sepat, di Sepang, Selangor siang tadi.

Isu kecurian air tidak benar, hanya salah faham
Terjadi kekeliruan dan salah faham terhadap perjanjian antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN) dan pihak syarikat.

Putera Arab Saudi gagal tunjuk bukti derma RM2.6 bil kepada Najib - KP SPRM
Putera Arab Saudi, yang dikatakan menderma wang sebanyak RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gagal mengemukakan dokumen sokongan.

Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air
Tidak sampai seminggu bekalan air haram dipotong, kilang yang sama kembali membuat penyambungan haram untuk mencuri air.