SHAH ALAM: Sebanyak 71,471 kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (30 Mei) seluruh negara, berbanding 2,485 kes direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas, peningkatan 28 kali ganda.
Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata daripada jumlah itu 65,032 kes iaitu 91 peratus dilaporkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah manakala 5,194 kes (tujuh peratus) dalam kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program townhall meeting (THM) HFMD di Perpustakaan Tun Raja Uda, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Katanya kes HFMD di Selangor juga menunjukkan trend peningkatan yang sama dengan trend kebangsaan kerana hampir 30 peratus kes HFMD negara dilaporkan berlaku di negeri itu sehingga 30 Mei.
"Daerah Petaling di Selangor merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 3.8 peratus (7,247 kes) dari 20,433 keseluruhan kes HFMD Selangor. Bilangan kes HFMD dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun telah meningkat semenjak awal tahun 2022," katanya.
Dr Noor Azmi berkata berdasarkan data terkini KKM, 691 premis tadika, taska, prasekolah diarah tutup dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) manakala 146 premis ditutup secara sukarela; dan di Selangor pula 216 premis ditutup di bawah Akta 342, manakala 21 premis ditutup secara sukarela.
Sementara itu mengulas laporan mengenai harga vaksin yang dikatakan mencecah ratusan ringgit bagi dua suntikan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids), Dr Noor Azmi berkata jumlah harga yang berbeza itu bergantung kepada perkhidmatan dan konsultasi yang diterima oleh mereka yang mengambil vaksin.
"Kita ada harga siling (untuk vaksin COVID-19) tetapi harga yang akan dikenakan oleh pihak swasta sama ada GP (pengamal perubatan am swasta) ataupun hospital bergantung kepada konsultasi yang berbeza dan 'consumable' seperti pengunaan jarum dan ubat yang diberikan. Itu berbeza mengikut fasiliti," katanya.
Program THM HFMD merupakan satu usaha proaktif yang menggabungkan beberapa aktiviti pendidikan kesihatan seperti ceramah, edaran bahan pendidikan kesihatan, tunjuk cara penjagaan kebersihan diri dan basmi kuman premis kepada peserta, agar tindakan dapat diambil apabila pulang ke taska masing-masing nanti.
Program itu akan diteruskan perlaksanaannya di seluruh negara terutama di negeri yang mengalami peningkatan kes HFMD yang tinggi dengan sejumlah 187 sesi THM telah diadakan di seluruh Malaysia sehingga Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022

Sebanyak 71,471 kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (30 Mei) seluruh negara, berbanding 2,485 kes direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas, peningkatan 28 kali ganda. - Gambar hiasan/REUTERS
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu.
Tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai pada Isnin malam.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sultan Pahang zahir kebimbangan pencemaran udara Balok
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dengan pencemaran yang berlaku di kawasan Balok Baru, Kuantan.
[TERKINI] Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, dibebas ditolak
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan serta dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.
Parlimen Didesak Lulus Pindaan Perlembagaan dan Perhalusi RUU Perkhidmatan Parlimen
Beberapa pertubuhan bebas telah menggesa Parlimen agar meluluskan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 2025 serta memperhalusi Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen (PSA).

12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.

45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.

Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.

HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.

Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).