KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Kerajaan Perpaduan menegakkan hak asasi terhadap seorang guru dan lapan pelajar Sekolah Alternatif di Sabah yang dipercayai ditahan semasa himpunan #KamiMahuAir Jumaat lalu.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini berkata, kegagalan berbuat demikian hanya mengukuhkan persepsi bahawa intimidasi terhadap para aktivis berlaku 'seperti biasa' di bawah Kerajaan Madani seperti pemerintahan kerajaan-kerajaan terdahulu.
Jelas jawatankuasa itu lagi, sembilan individu terbabit ditahan agak jauh dari tapak perhimpunan ketika sedang beredar dan pihak polis telah menggunakan Akta Imigresen bagi menahan mereka.
"Bersih ingin menyatakan tiada sebab untuk pihak polis menangkap guru dan pelajar Sekolah Alternatif yang berada di dalam himpunan tersebut kerana mereka bukan penganjur utama bagi himpunan tersebut.
"Sekiranya pihak polis ingin menyiasat, seharusnya mereka mengikuti Akta Perhimpunan Aman 2012 yang meletakkan tanggungjawab pada penganjur utama untuk disiasat secara profesional dan bukan menggunakan instrumen undang-undang yang lain bagi tujuan intimidasi yang membentuk naratif yang negatif terhadap himpunan tersebut, sekali gus menjadikan guru dan pelajar-pelajar Sekolah Alternatif sebagai mangsa keadaan," katanya dalam kenyataan tersebut.
Jawatankuasa Pemandu Bersih menambah pihaknya juga dimaklumkan bahawa polis memohon lanjutan reman kepada guru terbabit tanpa memaklumkan kepada peguam yang mewakilinya.
Ujarnya, tindakan itu secara jelas melanggar hak guru terbabit di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah bahawa orang yang disiasat mempunyai hak untuk diwakili oleh peguam dan diadili dengan adil dan saksama.
Dalam masa sama, Jawatankuasa Pemandu Bersih turut menyatakan solidariti kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai himpunan #KamiMahuAir di hadapan Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Memetik laporan media, koordinator sekretariat perhimpunan itu, Mohd Norhamdin Nordin mendakwa sembilan yang ditahan polis adalah berstatus penduduk tanpa negara atau 'stateless'.
Astro Awani
Tue Jun 18 2024
![Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713932863_BERSIH.jpg)
Bersih turut menyatakan solidariti kepada mahasiswa UMS yang menyertai himpunan #KamiMahuAir di hadapan Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah pada Jumaat lalu. - Foto fail
![Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713932863_BERSIH.jpg)
Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.