KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penganjur untuk siasatan berkenaan Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dianggarkan seramai 40 orang berhimpun di hadapan masjid terbabit selepas solat Jumaat.
"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah ditempatkan di sekitar pekarangan masjid untuk kawalan keselamatan dan ketenteraman awam.
"Polis tidak menerima sebarang notis pemakluman mengenai penganjuran himpunan terbabit daripada penganjur," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihak polis akan memanggil penganjur serta beberapa individu berkaitan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dalam himpunan terbabit, sekumpulan Pemuda UMNO dan orang ramai bertindak membakar bendera Israel sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang ditekan oleh regim Zionis Israel.
Pembakaran bendera Israel itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru.
Dr Muhamad Akmal juga memaklumkan tujuan himpunan itu bertujuan untuk menghantar mesej kepada rejim Zionis serta surat bantahan secara rasmi kepada Kementerian Luar agar dibawa ke peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 08 2023
Dr Muhamad Akmal (tengah) ketika mengutuk kekerasan polis Israel yang menyerang jemaah Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Palestin di Masjid Jamek Kampung Baru, 7 April lalu. -- fotoBERNAMA
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.