JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dibuat terhadap seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.
Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.
"Bermula Ahad, kita akan minta semua Pemuda UMNO Bahagian dalam Johor buat laporan polis mengenai seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Dalam entri yang dipercayai sudah dimuat turun itu, antara lain beliau menyatakan tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk sultan dan Agong ketika solat Jumaat di negeri ini.
Beliau juga mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu dan memperjuang serta mempertahan Islam ketika agama diancam.
Berdasarkan perkongsian di media sosial, individu berkenaan yang dikenali sebagai Hezry Yasin.
Menurut Nor Azleen, amalan mendoakan ketua agama dan pemerintah di Johor merupakan kunci kesejahteraan dan keamanan negeri serta seluruh rakyat.
"Setelah sekian lama, amalan mendoakan Ketua Agama dan Pemerintah adalah sebahagian daripada rutin yang menjadi praktis di semua masjid dan surau seluruh negeri Johor.
"Bahkan, amalan ini bukan sekadar menjadi rutin setiap kali selepas solat fardhu Jumaat, malah ianya merupakan rutin wajib selepas solat fardhu pada setiap waktu di masjid dan surau di seluruh negeri," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 14 2024

Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad. - Foto Facebook/Noor Azleen Ambros

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.

Undi18 bukan penentu kerajaan pada PRN Johor - Noor Azleen
Walaupun golongan berkenaan mampu memberi kesan kepada naratif, landskap serta tumpuan parti-parti politik, namun ia tidak menjadikan mereka kuasa penentu pembentukan kerajaan.

Dakwaan Syed Saddiq pencen Ahli Parlimen jangkau RM100,000 sebulan tidak berlandas fakta - Noor Azleen
Noor Azleen Ambros berkata, ucapan Syed Saddiq itu bersifat semberono dan tidak bertanggungjawab.

Pecat Muhyiddin bukan satu penyelesaian - Noor Azleen
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berhujah, UMNO tidak mampu untuk kehilangan anggota dan jentera di saat-saat getir ketika ini.