PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengenakan bon berkelakuan baik selama setahun ke atas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bagi kesalahan menghina mahkamah membabitkan isu kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Panel tiga hakim diketuai Tan Sri Nallini Pathmanathan, yang bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abu Bakar Jais, dalam keputusan sebulat suara turut membenarkan rayuan Lokman Noor untuk mengetepikan hukuman penjara sebulan selepas beliau memohon maaf secara terbuka.
"Setelah mempertimbang kekesalan yang dizahirkan oleh perayu serta aku janji yang diberikan untuk tidak mengulangi perlakuan sedemikian dalam permohonan maaf beliau, kami berpendapat bahawa hukuman penjara mungkin bukan yang paling wajar dijatuhi," kata Nallini.
Beliau berkata berdasarkan rekod rayuan dan penghakiman mahkamah terbabit, adalah terbukti bahawa kegagalan perayu untuk segera mengemukakan permohonan maaf serta menzahirkan kekesalan banyak menyumbang kepada hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.
"Kami juga mengambil kira fakta bahawa permohonan maaf itu sendiri tidak membebaskan individu yang menghina mahkamah dalam setiap kes namun ia tetap memberi kesan kepada hukuman yang bakal dijatuhi.
"Justeru itu, kami memerintahkan agar hukuman penjara sebulan diketepikan dan diganti dengan bon berkelakuan baik selama setahun yang bermaksud jika perayu mengulangi perbuatan menghina mahkamah atau melanggar syarat permohonan maafnya maka beliau akan dipanggil semula ke mahkamah ini dan dihukum kerana melanggar bon tersebut," katanya.
Ketika membacakan penghakiman panel itu, Nallini berkata di bawah undang-undang membabitkan perbuatan menghina mahkamah, ugutan terhadap seseorang saksi sebelum atau selepas beliau memberi keterangan boleh menjejaskan pentadbiran keadilan.
"Ini kerana keadilan tidak boleh dilaksana jika saksi enggan tampil untuk memberi keterangan. Jika mereka takut untuk berbuat demikian maka roda keadilan mahkamah dan sistem keadilan akan terjejas.
Memandangkan rayuan terhadap sabitan tidak diteruskan maka sabitan adalah kekal iaitu perlakuan yang dipertikai terjumlah kepada penghinaan jenayah," katanya.
Panel itu juga berkata mahkamah terbabit telah mengenakan hukuman penjara sebulan kerana perayu tidak menunjukkan sebarang kekesalan berhubung perlakuannya dan tidak memohon maaf.
"Bagaimanapun, hari ini perayu telah mengemukakan permohonan maaf sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi yang membuktikan kekesalahn dan keinsafan beliau. Beliau juga telah berjanji untuk tidak mengulangi perlakuan sedemikian," katanya.
Terdahulu, Lokman Noor, 51, memohon maaf atas tindakannya membuat laporan polis yang mengandungi komen beliau berkaitan kredibiliti saksi utama dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1MDB iaitu Datuk Amhari Efendi Nazaruddin dan mengeluarkan kenyataan media ketika perbicaraan berlangsung.
Lokman Noor berkata beliau telah menyedari bahawa tindakan dan komennya adalah tindakan yang bukan sahaja terjumlah kepada satu serangan terhadap integriti Jabatan Peguam Negara tetapi satu tindakan mengugut saksi dan sekali gus mengganggu proses pentadbiran keadilan.
"Saya benar-benar menyesal dan telah insaf. Saya tiada niat untuk menghina mahkamah. Oleh yang demikian, saya memohon maaf secara suci hati tanpa sebarang syarat kepada pihak Yang Amat Arif, Yang Arif-Yang Arif, Jabatan Peguam Negara, pihak pendakwaan yang mengendalikan kes, mahkamah dan semua pihak terlibat dan saya berjanji bahawa perkara ini tidak akan berulang.
"Saya dengan sesungguhnya berjanji apabila saya masuk ke mahkamah pada bila-bila masa, saya akan menurut peraturan yang ditetapkan. Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan yang salah di sisi undang-undang dan tidak akan keluarkan sebarang kenyataan yang salah sepanjang kes perbicaraan berjalan. Saya dengan rendah diri memohon supaya mahkamah ini menerima permohonan maaf saya," katanya ketika membacakan permohonan maaf beliau di hadapan panel itu.
Lokman Noor diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Alaistair Brandah Norman manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar bertindak bagi pihak pendakwaan.
Pada 15 Julai 2021, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhi hukuman penjara sebulan ke atas Lokman Noor selepas beliau didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengugut Amhari Efendi yang juga bekas pegawai khas Najib.
Pada 26 Okt 2022, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara sebulan terhadap Lokman Noor selepas menolak rayuan beliau bagi mengetepikan sabitan serta hukuman itu dan rayuan balas pendakwaan untuk memanjangkan tempoh hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024

Lokman tiba di Istana Kehakiman bagi pendengaran prosiding rayuan berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB hari ini. - Foto Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Hina mahkamah: Lokman Adam mohon maaf, dikenakan bon berkelakuan baik
Mahkamah Persekutuan mengenakan bon berkelakuan baik selama setahun ke atas Lokman Adam bagi kesalahan menghina mahkamah membabitkan isu 1MDB.

KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.

Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu mengenai vaksin, COVID-19
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dihadapi Lokman.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.

Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli MT UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon.

Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul

Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Lokman Adam mungkin dapat diselesaikan tanpa perbicaraan
Saman fitnah yang difailkan Ismail Sabri terhadap Lokman mungkin akan diselesaikan tanpa perbicaraan.